Wednesday, November 9, 2016

BILA KULI JADI ARTIS - Crystal Anabella

Tajuk : Bila Kuli Jadi Artis
Penulis: Crystal Anabella
Penerbit: Fajar Pakeer
Kulit: Lembut
ISBN: 97896736512181
Harga : RM25.00 (Sem. Malaysia) RM28.00 (Sabah/Sarawak)
Caj Kurier : RM10.00 (Sem. Malaysia) RM13.00 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis:


Mayurie Rosella, nama yang pelik namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu bak buluh perindu. Kehadiran seorang pelanggan serba kacak yang lancang bersuara mengubah hidup Yuri.


"Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya. Saya takut jaket saya kotor."
"Maaflah encik, Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai. Sangkut saja di kerusi. Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini."

Mulut Yuri tidak mampu duduk diam. Dia tidak menyangka pemuda itu adalah bakal majikan barunya!

"Yuri ni staf terbaik Pizza Star." Itu kata majikan lamanya.
"Oh, staf terbaik. Baguslah kalau macam tu. Saya akan menilai sejauh mana baiknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan. Selamat bekerjasama, Yuri."- Daniel Ervin.

Setiap hari jika tidak menyakat Yuri, hidup Ervin memang tidak tenang. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian gadis itu dan memenangi hati Yuri.

"Bukan semua orang ada bakat macam awak. Untuk pertama kali, saya hulurkan tangan kepada gadis yang suaranya lebih merdu berbanding suara saya. Awak sambut tangan saya dan saya janji akan bawa awak menuju kejayaan." Ace muncul menawarkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal Yuri.

Antara cinta, karier dan dendam, mampukah Yuri penuhi semua kehendaknya? Sanggupkah dia meninggalkan segalanya demi cita-cita? Akankah dia membalas dendam kepada semua manusia yang memijak maruahnya? Malah, tegarkah dia menyakiti Daniel Ervin, cinta pertamanya? Dan, apa pula erti seorang Ace dalam hidupnya?

0 comments:

Post a Comment