SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

MISTERI KERANDA BERPUAKA

Tajuk : Misteri Keranda Berpuaka
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716746 
Pages : 416 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 27.50 Price Now:RM 24.80

Sebuah keranda berisi mayat seorang wanita iaitu Julia telah lenyap dari hospital. Kisah bermula apabila Julia telah dilanggar dan meninggal di tempat kejadian. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak dapat mengesan siapakah yang telah melanggar Julia. Sewaktu di hospital, kejadian aneh telah berlaku. Keranda yang berisi mayat Julia tiba-tiba bergetar dan kemudian berundur lalu terbang menghilang di tengah kegelapan malam, kemudian muncul secara mengejut di beberapa tempat. Kemunculan keranda misteri itu akan diikuti pula dengan satu pembunuhan kejam yang menimbulkan persoalan.

Mangsa seterusnya adalah Hamadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang asyik bermain cinta dengan kekasihnya dan ketika itu sebuah keranda menerobos masuk ke dalam bilik. Hamadi masuk ke dalam keranda yang terbuka dan kemudian menjerit apabila keranda tersebut tertutup dan menghilang. Dia kemudian ditemui mati tersangkut di tepi sungai. Mangsa ketiga adalah Halim. Merupakan saksi langgar lari. Halim dilanggar dengan kuat dan kejam. Dia dijumpai dengan kepala separuh remuk. Halim Cuma saksi, tetapi mengapa dia turut menjadi mangsa? Mangsa seterusnya adalah Anuar. Anuar mati dengan sekujur kulit tubuh mengeriput kehilangan cairan tubuh, terutama darah. Kemudian mangsa terakhir adalah Sufian.

Bahari seorang polis yang terkenal dengan sikap dedikasinya dalam menjalankan tugas, berusaha keras menyiasat kes-kes pembunuhan itu. Bahari turut mengalami kejadian aneh sepanjang dia menyiasat kes tersebut. Apakah kaitan pembunuhan dengan keranda misteri itu dan siapakah dalang di sebalik kejadian misteri ini? Dapatkah Bahari berhadapan dengan kenyataan yang mengejutkan yang penuh dengan misteri?

Untuk mengungkap segala misteri tersebut, dapatkan buku Misteri Keranda Berpuaka. Jadi, tunggu apalagi, dapatkannya segera.

MISTERI PERAWAN KUBUR

Tajuk : Misteri Perawan Kubur
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716753 
Pages : 336 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 23.90 Price Now:RM 21.50

Gadis itu dilahirkan hanya untuk membunuh. Penderitaan dan penghinaan tanpa ada perikemanusiaan yang dialami ibunya, harus dibalas. Lara adalah ibu kepada Nona yang telah menjadi mangsa fitnah Zainal. Adam ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya iaitu Lara telah berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun suami Lara telah dibunuh akibat daripada fitnah yang mengatakan suaminya membawa wabak penyakit merebak ke seluruh penduduk kampung, namun Lara tetap mahu hidup bersendirian. Setelah kematian suaminya, penyakit tetap juga merebak. Akhirnya Zainal dan Tok Zaman serta penduduk kampung pergi ke rumah Lara untuk membunuhnya. Tiada kata yang dapat Lara ungkapkan untuk membela dirinya. Dia tahu akan nasibnya selepas ini. Dia hanya mampu berdiam dan merelakan dirinya dipancung. Lara telah dikebumikan bersama bayi dalam kandungannya.

“Mereka tidak tahu ayah kamu telah menitip kamu pada aku, anakku. Mereka juga tidak tahu, hanya kekuatan luaran aku yang telah mereka curi , melalui kekuatan dalaman aku yang masih aku miliki anakku, aku kini menyusup ke dalam jiwa ragamu. Lahirlah dan hiduplah, anakku. Dan balas segala sakit hati ibumu pada manusia terkutu itu. Bangkitlah...bangkitlah…!

Itu adalah kata-kata terakhir Lara buat anak dalam perutnya. Maka berakhirlah kisah hidup Lara. Namun jiwa Lara tetap hidup dalam jiwa Nona. Tidak ada tujuan lain dalam hidupnya selain untuk membalas dendam. Iskandar memanggilnya Nona. Dia menganggap Nona adalah gadis murahan. Sedikit pun dia tidak percaya bahawa gadis itu lahir di dalam kubur. Lebih mengejutkan lagi, ibu gadis tersebut adalah watak dalam salah satu novel karya Iskandar. Persoalan semakin rumit sewaktu Nona jatuh cinta kepada Iskandar. Sedangkan Maria adalah satu-satunya perempuan yang Iskandar sayangi. Kini Maria telah berubah, dia berpindah sari satu pelukan ke pelukan lelaki lain. Imaginasi Iskandar hanya untuk membuktikan gadis itu berasal dari dunia lain. Iskandar terseret ke dunia lain dan menyaksikan bagaimana Nona melampiaskan kesumatnya.

Dapatkah Iskandar kembali ke dunia nyata? Mampukah Maria merebut kembali cinta suaminya yang sudah beralih pada Nona di alam lain?

Apa yang anda tunggu lagi, milikilah buku ini segera!

MISTERI MANUSIA SERIGALA

Tajuk : Misteri Manusia Serigala
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716760 
Pages : 296 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 21.90 Price Now:RM 19.70

Raudah Karina menyaksikan kematian ibunya dalam satu kejadian langgar lari ketika mereka bersama-sama menunggu bas di tepi jalan. Pemandu kereta tersebut melarikan diri tanpa dikesan. Ketika dirawat di hospital, ibunya berkelakuan pelik apabila meminta Raudah Karina meminum darah lukanya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beberapa hari kemudian, pemandu kereta yang melarikan diri itu muncul semula menyerah diri dibalai polis. Bagaiamanapun, Raudah Karina tahu orang yang mengaku bersalah itu bukanlah pesalah yang sebenarnya. Pesalah sebenar adalah orang lain. Orang yang mengaku bersalah tersebut adalah dalang yang telah menerima rasuah. Pesalah sebenar tidak dapat dihukum kerana permainan undang-undang yang didalangi oleh seorang tokoh korporat.

10 tahun kemudian, banyak pergolakan yang berlaku akibat daripada cerita 10 tahun yang dulu. Banyak kes-kes pembunuhan bersiri yang mengerikan berlaku. Setiap mayat yang ditemui pasti dalam keadaan yang mengerikan. Banyak petunjuk mengatakan bahawa semua pembunuhan itu dilakukan oleh sejenis makhluk yang menyerupai serigala. Inspektor Amin telah bertindak menyiasat kes tersebut. Kes itu juga menarik perhatian seorang wartawan bernama Nina untuk membuat liputan berita. Mereka berdua bersama-sama mencari pembunuh bersiri tersebut.

Benarkah pembunuhan tersebut dilakukan oleh manusia serigala? Siapakah manusia serigala itu yang sebenarnya?

Bagi merungkai misteri manusia serigala ini, dapatkan buku Misteri Manusia Serigala di pasaran sekarang juga.

MISTERI KALUNG SETAN

Tajuk : Misteri Kalung Setan
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716777 
Pages : 352 
Publisher : Synergy media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 24.50 Price Now:RM 22.10

Eliza sedang tekun melakar lakaran gaun malam ketika lehernya terasa gatal. Tangannya menggaru dan meraba. Kemudian Eliza terpaksa berjuang mempertahankan nyawanya. Kalung yang dipakai dilehernya terasa bergerak, menggeliat dan hidup. Kemudian ketika itulah seorang kanak-kanak iaitu anaknya, Amelia tiba dibiliknya. Tujuan Amelia pergi ke bilik ibunya untuk meminta pendapat tentang lukisannya. Amelia amat terkejut melihat keadaan ibunya yang berusaha menanggalkan sesuatu dari lehernya. Dua hujung tali yang melingkari tengkuk ibunya seperti hidup, bergerak ke sana ke mari. Kemudian Amelia menjerit dengan kuat. Dengan tangkas tangan mungilnya meraih tali di tengkuk ibunya. Kalung tersebut terlepas dari leher ibunya.

Amelia tidak segera melepaskan kalung tersebut. Dia amat marah. Kemarahannya dilampiaskan dengan menggigit salah satu hujung yang menyerupai tali itu sekuat-kuatnya. Tali tersebut berusaha membelit tangan Amelia. Benda tersebut tiba-tiba lenyap. Ibunya iaitu Eliza akhirnya rebah dan menggelupur. Mati dengan sekujur tubuh hangus dan mengecut. Selepas kejadian tersebut Amelia dikatakan menjadi kurang siuman.

Kalung syaitan yang melingkari leher Eliza hilang begitu sahaja dan muncul setelah belasan tahun menghilang. Kemunculan semula kalung tersebut yang tidak kurang kejam dalam mencari tubuh untuk membiak, sekaligus menciptakan racun yang boleh mematikan mangsanya. Ramai yang berebut untuk mendapatkan kalung syaitan tersebut. Setiap orang yang Berjaya mendapatkan kalung tersebut akan mati. Kalung syaitan itu harus dihentikan dengan cara menggali kubur Eliza. Tetapi, makhluk kejam tersebut semakin bermaharajalela. Tidak seorang pun yang mampu menghentikannya.

Dapatkan kalung syaitan itu dimusnahkan? Segalanya terjawab dalam buku Misteri Kalung Setan. Dapatkannya segera.

DENDAM ARWAH BERDARAH

Tajuk : Dendam Arwah Berdarah
Ahmad Idham (Author) 
ISBN : 9789674440749 
Pages : 288 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 11.00 Price Now:RM 11.00

Zulfa memerhatikan dengan tajam di belakang Maria. Maria Nampak sibuk menulis di papan hitam. Tetapi! Kelihatan rambut Maria yang diikat ekor kuda kini nampak bergelombang. Ketika & Maria menoleh ke arahnya, itu bukan wajah Maria! Dengan seringai di wajahnya, Lisa menoleh ke arah Zulfa. Seakan-akan dia mengerti bahawa Zulfa sedang memerhatikannya dari belakang. Lisa seorang gadis yang sudah meninggal dunia tetapi muncul untuk menuntut dendam. Mengapakah roh Lisa ingin membalas dendam? Dan siapakah roh Lisa mencari? Ikuti cerita ini hingga penghujungnya.

Adakah anda penggemar cerita mistik? Dapatkan buku ini untuk menyingkap cerita misteri Dendam Arwah Berdarah!

MOTEL BERPUAKA

Tajuk : Motel Berpuaka
Zulkifli Nordin (Author) 
ISBN : 9789674440756 
Pages : 176 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.50 Price Now:RM 8.50

Dia terkejut ketika pandangannya yang kabur melihat dengan samar-samar banyak kelawar yang sedang tidur dalam posisi bergantungan pada siling. Tiba-tiba dia dihambat ketakutan apabila melihat satu bayangan hitam yang tinggi dan besar dating ke arahnya. Ketika wajah banyangan itu makin jelas di matanya, dia berteriak dengan penuh hysteria. Tetapi kerongkongnya seperti tersekat, sepatah kata pun tidak kedengaran. Ketika lembaga itu menggigit lehernya, Indra kembali tidak sedarkan diri.

Buku sera mini akan membawa anda ke dunia ‘vampire’ yang sukar untuk diterima akal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang, segera dapatkan buku ketakutan tanpa sempadan ini!

DENDAM PUNTIANAK

Tajuk : Dendam Puntianak
Salleh Majid (Author) 
ISBN : 9789674440763 
Pages : 272 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 10.90 Price Now:RM 10.90

Pernahkah anda melalui jambatan Pulau Pinang? Anda tahu cerita di sebalik proses pembinaannya? Jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dan Georgetown mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sesiapa yang melalui jambatan itu, akan diganggu dan mendapat kemalangan.

Perkara ini berterusan hinggalah dua beradik, Adilah dan Rosnah melalui jambatan itu. Bagi remaja muda seperti Adilah yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tentang sejarah di sebalik jambatan hebat ini, dia berusaha untuk merungkai misteri kabus putih yang menyelaputi keseluruhan jambatan ini.

Anda ingin tahu apakah kisah duka dan mendebarkan yang dialami oleh dua beradik itu? Dapatkan buku ini dan terus membaca hingga ke penghujungnya!

TEROWONG BERHANTU

Tajuk : Terowong Berhantu
Anuar Abdullah (Author) 
ISBN : 9789674440770 
Pages : 224 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 9.50 Price Now:RM 9.50

Ramli melihat ke depan, melalui celah-celah sapuan wiper yang mengayun cepat. Mereka telah sampai berhampiran terowong. Di depannya, sebuah portal kayu menghalangi jalan masuk ke terowong. Siapa sangka sebuah terowong di bawah rel kereta api yang menuju suatu laluan dihuni oleh makhluk-makhluk ghaib. Makhluk yang sangat mengerikan dan menakutkan semua orang yang melaluinya. Tidak ada lagi yang terselamat dari ketakuata, termasuklah Ramli dan Rizal apabila melalui kegelapan terowong itu.

Apakah sejarah misteri yang menghantui terowong itu? Segera dapatkan koleksi buku ini untuk mengetahui kisah disebalik terowong berhantu ini!

KISAH BENAR CERITA-CERITA HANTU

Tajuk : Kisah Benar Cerita-cerita Hantu

Hassan Nor (Author) 
ISBN : 9789674440787 
Pages : 320 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 11.90 Price Now:RM 11.90


"Titiskan darah kamu semua dan masukkan ke dalam botol dan letakkan sebahagian pada kertas putih. Gilung dan masukkan ke dalam botol yang sama sebelum ditutup rapat dan dilemparkan ke dalam laut."

Inilah sebahagian peristiwa yang pernah dilalui oleh watak dalam Kisah Benar Ceirta-cerita Hantu. Jika anda berani untuk mengantikan watak di atas, bacalah 30 kisah seram dan misteri dari negara Asia yang lain dalam buku ini. Kisah-kisah seram dan misteri tersebut merupakan kumpulan cerita yang diilhamkan dari pelbagai kisah benar yang mengalami situasi paranormal di pelbagai negara Asia terutama dari negara Asia Tenggara.

KISAH SERAM LEWAT MALAM

Tajuk : Kisah Seram Lewat Malam
Noor Azaniah Noor Azmi (Author) 
ISBN : 9789674440794 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Text Printing:1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.90

Maisarah mengurungkan dirinya di dalam bilik untuk sekian lamanya setelah dia gagal dalam peperiksaan semester. Kekecewaan yang tidak tertanggung menyebabkan dia membunuh diri. Namun setiap kali rakannya mengetuk pintu, ada sahaja suara yang telah terjadi kepada Maisarah? Dari mana datangnya suara yang menyahut dari dalam bilik itu?

Mari kita bongkar misteri di sebalik kehilangan Maisarah dengan mendapatkan buku ini di pasaran!

HANTU LANGSUIR GANGGU IBU HAMIL

Tajuk : Hantu Langsuir Ganggu Ibu Hamil
Morlee Abu Bakar (Author) 
ISBN : 9789674440800 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.90

Dongeng kisah seram, merupakan media yang sering digunakan orang-orang dahulu untuk menghantar anak-anak mereka masuk ke alam mimpi. Tetapi tahukah anda bahawa tidak semua kisah yang diutarakan adalah dongeng semata-mata. Dan tidak semua kisah juga melalui alur yang sentiasa bahagia.

Kisah-kisah seram di dalam buku ini bukanlah hanya cerita sembarangan. Kisah ini merupakan kisah yang diceritakan pada waktu tengah malam, ketika tiada suara lain yang anda dengar selain detak jantungmu sendiri dan ketika mana tiada orang lain mendengar setiap jeritanmu.

Segera dapatkan buku ini untuk menikmati perjalanan kisah seram ini sehingga di penghujungnya. Mari menyingkap dunia misteri!

KISAH HANTU RAYA, POLONG & PELESIT

Tajuk : Kisah Hantu Raya, Polong & Pelesit
Rahila Zulbahari (Author) 
ISBN : 9789674440817 
Pages : 234 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 9.50 Price Now:RM 8.60

Cuti hujung minggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Dani dan kawan-kawannya bersepakat untuk menghabiskan masa cuti di rumah neneknya. Pelbagai perkara aneh berlaku sepanjang perjalanan mereka bermula.

Apakah yang akan berlaku? Berjayakah Dani dan kawan-kawannya melalui keadaan ngeri dan menyeramkan yang pastinya menggetarkan jiwa. Jom, sama-sama ikuti kisah seram yang melanda mereka dalam koleksi novel ini.

RUMAH BERPUAKA DI TEPI KUBURAN

Tajuk : Rumah Berpuaka di Tepi Kuburan
Noor Azaniah Noor Azmi (Author) 
ISBN : 9789674440831 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Cerita ini mengisahkan tentang 4 orang kawan iaitu Haiqal, Faizul, Arman, dan Adam. Mereka telah menyewa di sebuah rumah yang bersebelahan dengan perkuburan. Sejak berpindah ke situ perbagai kejadian aneh yang berlaku termasuklah melihat gadis-gadis yang cantik di kawasan tersebut, di ganggu dengan bunyi ketukan, suara wanita di tengah malam dan banyak lagi. Apa yang peliknya kawasan itu begitu jauh dengan jiran yang lain. Siapakah gadis yang sering di temui mereka? Hantu atau manusia?

KISAH NGERI JAM 12 MALAM

Tajuk : Kisah Ngeri Jam 12 Malam
Nor Syaridah Asri (Author) 
ISBN : 9789674440842 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Kamilah telah dihadiahi rakannya sebuah kotak muzik setahun yang lalu. Namun, beberapa kejadian aneh telah berlaku sejak beberapa hari ini.

Di waktu tengah malam, dia sering mendengar bunyi alunan muzik tersebut dan di ikuti ketukan pintu yang bertalu-talu di biliknya. Dia juga pernah terlihat seorang wanita dan kanak-kanak yang menyeramkan.

Apakah yang terjadi kepada Kamilah selepas itu dan mampukah dia menanganinya setiap malam??

HANTU PEREMPUAN MATA BERLUBANG

Tajuk : Hantu Perempuan Mata Berlubang
Nur Faatihah Bakri (Author)
ISBN : 9789674440848
Pages : 142
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 7.50 Price Now:RM 6.80

Brown Lady atau lebih dikenali dengan jolokan Hantu Perempuan Mata Berlubang kerap muncul di malam hari ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Kepada mereka yang berkesempatan untuk melihat kelibat Hantu Perempuan Mata Berlubang ini pasti akan menjadi peristiwa hitam dalam dirinya. Namun suatu perkara telah berlaku menyebabkan kemunculan Brown Lady ini semakin menurun. Apakah peristiwa itu?ikutilah kisah menarik ini yang penuh dengan keseraman dan terdapat kisah-kisah lain yang bakal membuka mata pembaca tentang dunia luar mistik!

DENDAM HANTU TOYOL

Tajuk : Dendam Hantu Toyol
Siti Esah Kamarulzaman (Author)
ISBN : 9789674440855
Pages : 208
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Adakah anda percaya dengan kewujudan hantu? Persoalan itu selalu menjadi tanda tanya dan buah mulut manusia yang tidak jelas pendiriannya samaada mempercayai atau menafikan kewujudan makhluk ini.


Namun yang pasti, hidangan kisah-kisah mistik di dalam koleksi novel ini mampu membuatkan pembaca berada dalam ketakutan dan diburu rasa yang mencengkam jiwa. Ikuti kisah selanjutnya

CERITA HANTU PALING MENAKUTKAN

Tajuk : Cerita Hantu Paling Menakutkan
Hassan Noor (Author)
ISBN : 9789674440862
Pages : 208
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Bukan semua manusia yang berpeluang dan merasai pengalaman berhadapan dengan makhluk halus ini. Oleh itu buku ini dicipta khas untuk anda yang ingin tahu tentang fenomena hantu. Cerita-cerita seram di dalam buku ini mungkin akan menghantui anda. Namun cara olahan dan penyampaian yang menarik akan membuatkan anda teruja untuk memiliki buku ini dan membacanya.

Ikuti kisah selanjutnya......