SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Friday, February 12, 2016

HIKAYAT CINTA

Hikayat Cinta
Hikayat Cinta,Novel cinta

Apy Elina, wanita yang menyimpan cita-cita tinggi untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. Apabila cita-citanya itu direstui oleh ibunya, dia mengambil keputusan nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, terdapat halangan yang perlu ditempuhi.

“Aku tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami. Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan. Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa!”

Orang kata, jikalau ada usaha, di situ akan ada jalan. Akhirnya, dalam masa yang singkat, Apy Elina berjaya mencapai apa yang dihajati apabila The Legend menawarkan jawatan jurulatih kepadanya. Dia sangka, cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kemunculan Adam Alexander dalam hidupnya benar-benar menguji kebolehannya memimpin The Legend.

Product ID : 9789673651115
Format : Paperback
Author : Ratu Bulan
Publisher : Fajar Pakeer
Main Category : Novel
Sub Category : Cinta
Price : RM 24.00


















RESEPI PAI LAZAT - SIRI ANEKA JUADAH KEGEMARAN

Siri Aneka Juadah Kegemaran - Resipi Pai Berzat

Resipi Pai BerzatHmm... mendengar saja perkataan pai, kelazatannya sudah terasa sampai ke hujung lidah dan terbayang pula
jenis-jenisnya. Ada pai yang diberi inti buah segar, ada yang ditaburi coklat parut. Itu kalau kita bercakap tentang pai yang berperisa manis. Yang rasa masin pula…wow tidak kurang lazatnya. Mahu pai yang berinti udang? Atau chicken pie? Tahukah anda bahawa membuat pai sangat mudah? Anda cuma perlu membuat bahan asasnya, iaitu kulitnya selepas itu barulah membuat adunan isinya.

Aneka pai yang disajikan di sini sesuai untuk dihidangkan ketika minum teh atau kopi di waktu petang, juga boleh dibawa sebagai bekalan anak anda ke sekolah.

Jadi, ingin mengetahui resipi-resipinya? Dapatkan buku ini sekarang juga!

Penulis : Tim Ide Masak
Bil. Halaman : 48
Saiz Buku : 6" x 9"

ISBN : 9789670478883
Harga : RM5.90

Sunday, February 7, 2016

MIMPI PUTERI IMPIAN

Tajuk : Mimpi Puteri Impian

Author : C. Faradhina Iskandar
ISBN : 9789674280987
Pages : 123
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.90

Price Now:RM 13.90

Di sebuah desa, terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai sebuah impian yang sangat besar. Gadis kecil tersebut bernama Juliana. Impiannya adalah untuk menjadi seorang penulis terkenal. Dia berharap wang hasil dari setiap penulisannya dapat membayar semua hutang-piutang ibunya. Adakah impian Juliana untuk menjadi seorang penulis novel kanak-kanak tercapai? Adakah buku yang ditulis Juliana berjaya diterbitkan?

Haa...bukan itu sahaja adik-adik, buku comel ini turut menyelitkan pelbagai cerita menarik yang sangat seronok dibaca. Pelbagai kisah teladan yang ada. Jadi, adik-adik jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku comel ini ya!

DELIMA IS RIGHT!

Tajuk : Delima is Right!

Author : Amalinda Zhafirani Nabila
ISBN : 9789674280994
Pages : 95
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM12.90 

Price Now:RM 12.90

"Dahlah, jangan gaduh lagi. Apakata kalau kita cuba berniaga sesuatu?" Afifa mencelah. "Berniaga apa? Boleh ke?" tanya Luqman, bingung.

"Kita cuba dulu, Jangan menyerah sebelum mencuba. Kalau takut, kita takkan maju," celah Afifa lagi. "Tapi, kita hendak menjual apa?" tanya Ema.

Ha, adik-adik ingin tahu apa aktiviti mereka sebenarnya? DELIMA itu siapa? Dapat teka? Kalau adik-adik ingin tahu apa yang dibincangkan oleh mereka, jom dapatkan buku ini. Adik-adik pasti teruja dengan pengembaraan mereka.

GADIS SHOPAHOLIC

Tajuk : Gadis Shopaholic

Author : Alya Nabila
ISBN : 9789674281014
Pages : 122
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.90

Price Now:RM 13.90

Wah! seronoknya siapa tidak pernah ke pasaraya besar. Inilah dia rakan kita, watak utama Nabila merupakan seorang remaja yang suka membeli-belah. Bila-bila masa saja dia boleh pergi membeli-belah di mana-mana butik terkenal kesukaannya. Kerana sikapnya itu, dia digelarkan oleh kawan-kawannya sebagai Shopaholic!

Wang bukan suatu masalah bagi Nabila. Ibu bapanya merupakan orang kaya dan sangat memanjakannya. Tapi, perubahan mula terjadi dalam hidup Nabila selepas dia mengenali Zazirah. Siapakah Nazirah itu? Perubahan apakah yang telah terjadi pada diri Nabila? Temui jawapannya dalam buku ini.

DUNIA BUKU DIANA

Tajuk : Dunia Buku Diana

Author : Annisa M. Azzahra
ISBN : 9789674281038
Pages : 133
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM14.50 

Price Now:RM 14.50

Diana merupakan seorang gadis kecil yang sangat suka membaca. Namun disebabkan kehidupan ibunya yang susah, Diana tidak dapat membeli buku-buku yang digemarinya.

Pada suatu hari, ibunya telah membuat satu kejutan istimewa buat Diana hingga membuatkan Diana benar-benar terharu.

Adik-adik nak tahu apakah kejutan yang membuatkan Diana hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku comel ini. Selain itu, buku ini turut menyelitkan pelbagai cerita menarik dan memberi teladan kepada adik-adik

MISTERI HANTU VILA & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Hantu Villa & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478678
Pages : 152
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Vila Nek Asiah, seorang nenek tua yang menjaga pusara sebuah keluarga British, diganggu lembaga yang berkeliaran! Berita tersebut telah menggemparkan seluruh penduduk sehingga didedahkan oleh stesen televisyen dan media cetak di ibu kota! Semua penduduk merasa takut untuk melalui halaman vila kerana takut sekiranya diganggu oleh lembaga yang bermaharajalela di situ.

Namun, mengapakah Farah dan rakan-rakannya begitu berani untuk membongkarkan rahsia di sebalik gangguan lembaga yang sering mengganggu dengan bunyi-bunyi yang menyeramkan? Siapakah Rasydan? Adakah dia mempunyai kaitan dengan misteri yang menyelubungi vila tersebut? Temui jawapannya di dalam kumpulan cerita pendek siri penyiasatan yang mendebarkan ini.

MISTERI PUSARA USANG & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pusara Usang & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478685
Pages : 112
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Kononnya, Hantu Jadian itu mempunyai kepala dengan telinga yang besar dan lidah terjelir, jejari dari tangannya kurus panjang dan berkuku, tanpa badan, dengan usus melingkar di leher, seperti dirantai. Hantu Jadian juga dikatakan suka mendekati anak sulung. Adakah benar cerita Farah itu tentang Hantu Jadian?

Ada pelbagai cerita menarik yang terdapat di dalam buku ini. Ingin tahu cerita disebalik Misteri Pusara Usang? Ada apa dengan pusara itu sehingga ia menjadi begitu misteri? Apa pula cerita disebalik gara-gara Limau yang disiasat oleh para penyiasat celik kita? Dapatkah mereka mengetahui siapakah yang jahat? Siapa pula pencuri ikan yang jahat itu? Dan apakah yang berlaku di dalam cerita Berkhemah di Sungai Muda? Semuanya akan terjawab di dalam siri penyiasatan yang berjudul "Misteri Pusara Usang dan Cerita Lain" ini. Jangan ketinggalan wahai pembaca muda untuk memiliki buku ini!

MISTERI PULAU HANTU & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pulau Hantu & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478692
Pages : 128
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

"Kamu semua lihat bayang-bayang itu?" bisik Farah kepada Azman dan rakan-rakannya. "Saya juga melihatnya!" jawab Azman dan Chan hampir serentak. Wani yang penakut dan tidak sempat melihat bayangan itu memeluk rakan baiknya, Farah. "Saya takut, Farah," katanya dengan bibir gementar.

Pulau yang mendapat julukan "Pulau Hantu" itu kedengaran amat menyeramkan! Benarkah mereka yang menyebut sebagai "Pulau Hantu" hanyalah orang-orang yang mahu mencari keuntungan semata-mata? Adakah pulau tersebut benar-benar berhantu? Apakah bayangan yang mereka lihat itu? Ikuti kisah pengembaraan mereka di Pulau Hantu dan membongkar rahsia di sebalik misteri pulau tersebut.

MISTERI TOPENG BERTARING & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Topeng Bertaring & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478715
Pages : 119
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Mengapa topeng bertaring dan berwajah menyeramkan itu digunakan untuk membunuh? Apa yang terjadi kepada pembuat topeng tersebut, iaitu Pak Cik Roslan?

Topeng bertaring yang menyeramkan sememangnya telah menimbulkan kekecohan luar biasa kepada penonton di dalam dewan pertunjukan sarkas. Siapakah manusia bertopeng yang dilihat lari melompat pagar yang tinggi? Dapatkah Farah dan kawan-kawannya mendapatkan topeng berwajah seram yang telah menimbulkan banyak misteri itu?

Berdasarkan topeng tersebut Farah dan kawan-kawan berusaha untuk menjejak dan menyelesaikan misteri topeng bertaring dengan bantuan pihak polis. Banyak cerita yang boleh dibaca dalam buku Misteri Topeng Bertaring ini. Terdapat sepuluh cerita pendek yang menarik dan memberi teladan dan inspirasi. Kisah-kisah yang bermanfaat dan menghiburkan untuk dinikmati. Selamat membaca!

MISTERI PELUKIS PULAU API & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pelukis Pulau Api & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478746
Pages : 108
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Ketika Gunung Api ingin memuntahkan lahar panasnya, Pak Halim masih tidak mahu berpindah kerana beliau sibuk ingin menyiapkan lukisan Pulau Api. Beliau mempunyai ikatan yang istimewa dengan Pulau Api yang terletak berhadapan dengan rumahnya.

Farah dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Pak Halim. Siapakah sebenarnya Pak Halim? Mengapa Farah dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Pak Halim? Bagaimana cara mereka untuk menyelamatkan seniman istimewa itu? Sedangkan mereka tahu bahawa Gunung Api akan meletus pada bila-bila masa sahaja sekaligus akan membahayakan nyawa mereka.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengetahui kisah penyiasatan Farah dan rakan-rakannya yang penuh dengan pengajaran dan teladan ini. Selamat membaca.

MISTERI PULAU SEPI & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pulau Sepi & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478760
Pages : 103
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Dalam cerita "Misteri Pulau Sepi", Farah dan kawan-kawan mengalami cabaran baru yang mendebarkan. Mereka telah terdampar di sebuah pulau yang tidak ada penghuni, sepi dan menakutkan. Di pulau yang sepi itu, mereka telah berhadapan dengan sekumpulan penjenayah yang ganas. Dapatkah Farah dan kawan-kawannya menyelamatkan diri dari kumpulan penjenayah tersebut? Mampukah mereka mencari jalan untuk keluar dari pulau yang berbahaya itu?

Farah dan kawan-kawan hampir kehilangan seorang sahabat baik mereka dalam "Sahabat yang Hampir Hilang". Baca juga cerita "Nora", kisah perjuangan seorang kanak-kanak untuk menyara keluarganya ketika ayahnya dikhabarkan meninggal dunia. Bagaimanakah Farah dan kawan-kawannya menyelesaikan segala kemelut yang melanda? Bagaimanakah kisah mereka seterusnya?

Bacalah kisah-kisah menarik dan mencabar yang terdapat dalam buku ini. Kisah yang dipersembahkan kepada anda pasti menyeronokkan!

500 KELALAIAN DALAM SOLAT

Tajuk : 500 Kelalaian dalam Solat
500 Kelalaian dalam Solat

“Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah sahaja dari pahala solatnya’’ 
( HR DAUD, AHMAD DAN BAIHAQI )

Adakah kekeliruan dan kesalahan yang di lakukan dalam solat kita? Dengan buku panduan solat sesuai tuntutan Rasulullah SAW ini, kita akan mengetahui kelalaian yang di lakukan ketika solat.

Buku ini menyediakan penjelasan yang amat berharga, di antaranya mengenali :
1. Kelalaian ketika bersuci, berpakaian dan tempat solat 
2. Kelalaian ketika azan dan iqamat
3. Kelalaian ketika waktu melaksanakan solat
4. Kelalaian ketika gerakan dan bacaan dalam solat
5. Kelalaian dalam solat-solat sunnah

Dilengkapi pula dengan 50 nasihat bagi orang yang meninggalkan solat.

Akhmad Faozan (Author) 
ISBN : 9789673712779 
Pages : 228 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6' x 9' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 21.90 


Price Now:RM 19.70

DOA & ZIKIR KHUSUS WANITA

Doa & Zikir Khusus Wanita
Doa & Zikir Khusus Wanita

Buku doa dan zikir yang khusus kepada anda,kaum wanita yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada puteri tercinta baginda,Fatimah Az-Zahra r.a. Pelbagai doa dan zikir dalam buku ini yang menjadi pegangan wajib kepada setiap wanita Muslim dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Doa dan zikir di dalam buku ini diperoleh daripada sumber yang sahih.Panduannya lengkap dan mudah untuk anda ikuti. Buku ini pasti dapat membantu anda dalam setiap keadaan harian serta dalam mencari penyelesaian dalam pelbagai masalah kehidupan di dunia dan akhirat.

Ingin mengetahui doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW? Dapatkan buku ini sebagai rujukan anda!

Muhammad Alcaff (Author) 
ISBN : 9789673710423 
Pages : 276 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5.5”x 5.75” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 15.50 


Price Now:RM 14.00

RAHSIA BESAR IBADAT HAJI & UMRAH

Rahsia Besar Ibadat Haji & Umrah
Rahsia Besar Ibadat Haji & Umrah

Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji adalah perjalanan hijrah menuju Allah SWT demi memenuhi panggilan-Nya. Ia merupakan ibadah yang selalu dirindukan oleh hati orang beriman. Buku ini mengungkap pelbagai misteri di balik ibadah haji, menelusuri secara lebih terperinci mengenai ibadat haji dan mengenal lebih mendalam hukum pelaksanaannya. Ibadah yang mampu menggetarkan jiwa dan hati pelakunya. Buku ini ditujukan untuk segenap umat. Sebab ibadah ini akan terus berlangsung setiap tahun, untuk memperbaharui janjinya di hadapan Allah SWT dan mengangkat panji kesetiaan kepada Allah SWT.

Dalam buku ini sebagaimana yang telah anda baca, semaksimum mungkin menyediakan pelbagai rahsia atau pelajaran yang dibukukan Allah SWT untuk boleh dipetik dari balik rangkaian amalan ibadah haji.

Dr. Alif Mustapha (Author)
ISBN : 9789670585642
Pages : 238
Publisher : Synergy Media
Book Size : 6" x 9"
Text Printing : 1 Color
Price : RM24.50 

Price Now : RM24.50

DOA-DOA KHUSUS MENDAPAT HAJI MABRUR

Doa-doa Khusus Mendapat Haji Mabrur
Doa-doa Khusus Mendapat Haji Mabrur

Haji dan doa merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana hampir seluruh rukun ibadah haji berisi doa-doa. Nabi Muhammad SAW, mengajar kita untuk memperbanyakkan doa dan zikir ketika menunaikan haji. Apabila kita banyak berdoa dan berzikir, maka ibadah haji yang dilakukan akan bertambah sempurna dan semakin khusyuk. Semoga dengan limpah kurnia-Nya, perjalanan haji kita tidak akan menjadi sia-sia malah dengan rahmat-Nya kita memperoleh haji mamrur. Amin.

Ingin mengetahui panduan doa-doa yang perlu dibaca ketika melakukan rukun haji? Buku ini sangat tepat dan sesuai untuk dijadikan panduan semua!

Haji Amirullah dan Haji Hafiz Usman (Author) 
ISBN : 9789670585604 
Pages : 96 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6”x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 12.90

Price Now:RM 12.90

MEMOHON PANGGILAN HAJI

Memohon Panggilan Haji
Memohon Panggilan Haji

Menunaikan ibadah haji dan umrah memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Namun begitu, bukan bererti ibadah tersebut tidak mungkin dapat dilakukan oleh setiap orang. Apakah yang membuatkan ibadah itu sangat mungkin dilakukan? Jawapannya tentu sahaja dengan kedahsyatan doa dan amalan yang menyertainya! Buku ini sangat berguna dalam memberi panduan mengenai ibadah haji dan umrah. Di antaranya ialah memperbanyak doa kepada Allah SWT, selalu membaca surah Al-Imran dalam solat lima waktu, melaksanankan solat hajat, memperbanyak sedekah, membaca Asmaulhusna, membaca selawat haji, membuka akaun tabung haji dan amalan lain yang penting.

Buku ini juga menyediakan nilai tambahan lain seperti huraian lengkap tentang tatacara haji dan umrah serta panduan atau tip sepanjang pelaksanaan haji. Membaca buku ini nescaya akan membuat anda segera mendengar seruan-Nya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah!

Ustaz Khalif Bahar (Author)
ISBN : 9789670585628
Pages : 96
Publisher : Synergy Media
Book Size : 6"x 9"
Text Printing : 1 Color
Price : RM 12.90 

Price Now : RM 12.90

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

Panduan Mengerjakan Umrah
Panduan Mengerjakan Umrah

Layakkah bagi kita melakukan perjalanan panjang menuju Baitullah-al-Haram untuk memenuhi panggilan-Nya sedangkan kita masih dalam keadaan zalim pada diri sendiri dan orang-orang sekitar kita? Maka jika kita ingin diterima atas panggilan ibadah haji atau umrah, bersihkan diri kita dari noda dan dosa, serta penuhilah perintah dan jauhilah larangan-Nya sebelum keberangkatan kita menuju tanah yang Allah SWT muliakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Hendaklah kalian terus-menerus mengerjakan ibadah haji dan umrah. Sesungguhnya haji dan umrah menghapus kefakiran dan dosa. Ini seperti halnya tukang besi yang menghilangkan karat besi"

Bersyukur lantaran menjadi orang yang telah dipilih oleh Allah SWT. Wahai orang-orang yang mengerjakan umrah! Perjalanan anda yang penuh dengan keberkatan bermula dari sini. Maka, untuk memulakan langkah perjalanan, jadikan buku ini sebagai rujukan. Buku ini membantu anda mencapai beberapa perkara penting mengenai ibadat ini. Beberapa kisah orang-orang soleh disertakan sehingga kita dapat mengikuti jejaknya dan menjadikannya teladan. Sebagaimana kata hikmat, "Kebaikan telah disampaikan kepada kalian, maka semoga bermanfaat." Semoga kehadiran buku ini menunjukkan anda jalan yang penuh dengan kebaikan.

Dr. Khalid Abu Syadi (Author)
ISBN : 9789670585635
Pages : 96
Publisher : Synergy Media
Book Size : 6"x 9"
Text Printing : 1 Color
Price : RM 12.90 

Price Now: RM12.90

50 IBADAH PALING HEBAT DI SISI ALLAH SWT

50 Ibadah Paling Hebat Di Sisi Allah SWT
50 Ibadah Paling Hebat Di Sisi Allah SWT

Allah SWT menciptakan manusia agar mereka beribadah kepada-Nya. Di antara sekian banyak ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT ada sejumlah ibadah yang memiliki nilai lebih di sisi Allah SWT.
Ibadah-ibadah yang istimewa di sisi Allah SWT meliputi banyak perkara termasuk cara mendekatkan diri kepada-Nya, akhlak terhadap manusia agar disayangi mereka dan panduan membangkitkan motivasi diri dan meningkatkan kualiti kerja.

Dengan bahasanya yang mudah dan dimuatkan pelbagai kisah inspiratif di dalam buku ini mengajak pembaca untuk merenungi kembali makna ibadah sehari-sehari. Akan memberikan manfaat yang sangat besar bagi kehidupan kita.

Haji Othman Muhammad (Author) 
ISBN : 9789670585543 
Pages : 224 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 16.90 

Price Now:RM 15.20

1001 ALASAN WAJIB BERIBADAH

1001 Alasan Wajib Beribadah
1001 Alasan Wajib Beribadah

Sudahkan kita mengetahui alasan dan tujuan mengapa kita beribadah? Sesungguhnya, jika kita tahu mengapa Allah SWT mensyariatkan itu semua, kita pasti akan sedar bahawa kitalah yang memerlukan ibadah, bukan Allah SWT. Pengetahuan dan pengalaman spiritual hamba Allah SWT yang selalu diasah, lambat-laun akan mampu menyelak tabir misteri yang terkandung di dalam setiap kerohanian yang dilakukan. Begitulah seterusnya sehingga seluruh ibadahnya menyatu dengan alam semesta dan tiada halangan antara dirinya dan Rabbi-nya. Oleh sebab itu, Zat Allah SWT begitu mudah membisikkan rahsia terhebat amal ibadah yang dilakukan.

Kehadiran buku ini seakan menjadi penawar bagi mereka yang merasa kering rohaninya. Buku ini sangat disarankan untuk menjadi alternatif bacaan bagi masyarakat Muslim pada umumnya. Semoga ilmu yang ingin disampaikan bermanfaat bagi kita dan menjadikan kita semakin yakin bahawa seluruh risalah Islam memiliki nilai yang tidak terhingga.

Ustaz Muhd Azhar (Author) 
ISBN : 9789670585550 
Pages : 176 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 14.90 

Price Now:RM 13.40

KEMULIAAN SABAR KEAGUNGAN SYUKUR

Kemuliaan Sabar Keagungan Syukur
Tajuk : Kemuliaan Sabar Keagungan Syukur

Apabila kita melihat pelbagai peristiwa yang terjadi kebelakangan ini, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya, tidak dapat dinafikan ia selalu menggelisahkan hati dan menggugah fikiran kita. Di satu sisi, dunia maya telah memberikan pelbagai informasi bermanfaat melalui segala fasiliti teknologi canggihnya. Sedangkan di sisi lain kita berhadapan dengan masalah mental dan moral yang dengan mudah dan cepat serta secara sedar ataupun tidak, telah menggoyahkan generasi baru yang sedang tumbuh menyongsong masa depan mereka.

Buku Kemuliaan Sabar dan Keagungan Syukur, memberikan ruang pada para pembaca untuk memilih salah satu pilihan dalam menjawab segala persoalan di atas. Tanpa mengubah pandangan dunia kita, mustahil bagi kita untuk membuka jalan-jalan menuju kejayaan dalam pengertian duniawi mahupun ukhrawi.

Ustaz Muhammad Firdaus (Author) 
ISBN : 9789670585574 
Pages : 202 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 14.90 

Price Now:RM 13.40

TAWAKAL BUKAN MENYERAH

Tawakal Bukan Menyerah
Tawakal Bukan Menyerah

“Allah sudah menentukan takdir untukku, maka aku pasrahkan diriku pada takdir-Nya.”
“Aku percaya Allah pasti memberiku rezeki.Oleh sebab itu, aku tenang saja.”
“Aku sudah melakukan yang terbaik dan sehabis daya, pasti aku akan memperoleh apa yang aku inginkan.”
Benarkah itu yang disebut sebagai tawakal? Jika kita salah memahami konsep tawakal, maka buruk akibatnya. Bertawakal dengan cara yang betul, pasti akan memperoleh kemenangan. Bagaimana cara bertawakal dengan betul? Apakah kepentingan tawakal dalam kehidupan kita? Apakah keutamaan yang akan diperoleh bagi manusia yang bertawakal?

Sesungguhnya, Allah SWT telah menjanjikan berjuta kebaikan bagi orang-orang yang bertawakal. Semuanya akan terjawab dalam buku ini. Buku ini juga memaparkan kisah-kisah orang yang memperoleh kehebatan tawakal, maka lengkaplah bimbingan menuju ke jalan yang benar.

Ustaz Fadhullah (Author) 
ISBN : 9789670585574 
Pages : 202 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 12.90 

Price Now:RM 11.60

KLASIFIKASI AL-QURAN

Klasifikasi Al-Quran
Klasifikasi Al-Quran

Mempelajari Al-Quran adalah suatu kewajiban seseorang Muslim dan jika sudah dapat menguasainya, kita dituntut untuk menyampaikannya walaupun sebaris ayat. Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa orang yang mahu mempelajari dan mengajarkan Al-Quran adalah orang yang terbaik di antara kamu. Dalam mepelajari Al-Quran, kita banyak menemui tentangan dan halangan ketika ingin berhujah tentang sesuatu permasalaha.

Kelebihan buku ini:

Menyediakan ayat-ayat Al-Quran yang dikelompokkan berdasarkan temanya. Tema berdasarkan Ibadah, Muamalah, Akhlak, Kisah-kisah para Nabi dan lain-lain. Senarai kandungannya berupa indeks untuk mencari ayat-ayat yang diperlukan

Syamsul Rijal Hamid (Author) 
ISBN : 9789673718924 
Pages : 680 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6.5” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 52.50 

Price Now:RM 47.30

KAMUS AL-QURAN

Kamus Al-Quran
Kamus Al-Quran

1000 Kata Kunci dalam Al-Quran Beserta Rujukan Ayat-ayatnya
  • Ayat-ayat Al-Quran ini diperkenalkan melalui salah satu kata utama
  • Memperkenalkan ayat-ayat Al-Quran melalui kosa kata
  • Bersikap Kepelbagaian dan Kisah Abu Lahab, Baitullah, Cinta, Derhaka, Emas, Fakir, Gempa, Halal, Jibril, Kaabah, Malaikat, Nikah, Rezeki, Sakaratul Maut, Takbur, Hutang, Waris dan sebagainya.
  • Anda boleh melakukan kajian silang.
  • Bersumber pada Al-Quran dan terjemahannya yang diterbitkan oleh kerajaaan Arab Saudi.
Author : Dr. H. Muhammad Chirzin
ISBN : 9789673718917 
Pages : 575 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6.5” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 45.90 
Price Now:RM 41.30

TAFSIR TEMATIK RAHMATAN LIL 'ALAMIN AL-QURAN

Tafsir Tematik Rahmatan Lil ‘Alamin Al-Quran
Tafsir Tematik Rahmatan Lil ‘Alamin Al-Quran

Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam sejak zaman berzaman malah boleh menjadi sumber rujukan terunggul untuk umat manusia yang sentiasa relevan dan kontekstual bagi kehidupan manusia dengan Penciptanya jelas terpancar di dalamnya membicarakan kesemua kitab-kitab yang pernah menjadi pegangan para Nabi dan Rasul terdahulu. Salah satu pesanan yang paling menonjol adalah toleransi. Terdapar lebih kurang 300 ayat yang secara eksplisit mengisahkan pentingnya bersikap toleransi dan kehidupan yang moderat bersendikan kerukunan serta perdamaian rohani dan jasmani.

Buku ni sangat relevan dalam konteks kenegaraan, terutama untuk memperkukuhkan semangat kebangsaan serta memperkuat pandangan umat Islam moderat bahawa Islam adalah agama rahmatan lil alamin. Dilengkapi dengan metodologi tafsir, paradigm toleransi, ayat-ayat toleransi dan moderat serta tafsir-tafsir ayat toleransi untuk renungan kepada umat Islam yang mahu meletakkan dirinya sebagai para mukmin yang sejati.

Apa yang tunggu lagi, dapatkan buku ini segera!

Zuhairi Misrawi (Author) 
ISBN : 9789673719495 
Pages : 452 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6.5” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 39.50 


Price Now:RM 35.60

KEARIFAN AL-QURAN

Kearifan Al-Quran
Kearifan Al-Quran

Rahsia Mengapa Al-Quran Kekal Sepanjang Masa 
Kumpulan Ayat Al-Quran yang Diturunkan

Al-Quran merupakan dunia tempat masyarakt Muslim menjalani hidup mereka. Ia membawa ajaran yang relevan untuk kehidupan manusia yang sesuai bagi setiap zaman dan di mana-mana sahaja.

Al-Quran juga merupakan intisari semua jenis pengetahuan. Ayat-ayatnya mempunyai pelbagai bentuk. Ada sebahagiannya berbentuk didaktif dan penuh keterangan, puitis, ringkas dan ada yang terus membicarakan tentang persoalan utama. Ada juga sebahagiannya yang bentuknya agung dan penuh misteri ibarat hutan belantara serta ada juga yang bentuknya simetri seperti kristal. Semua bentuk ayat ini mengandungi kearifan yang bukan sahaja menebalkan iman tetapi juga menghangatkan jiwa manusai kerana Al-Quran mampun menyelesaikan semua masalah hidup manusia.

Prof. Dr. H. Muhammad Chirzin Jumlah (Author) 
ISBN : 9789673718931 
Pages : 340 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6.5” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 24.90 

Price Now:RM 22.40

KAYA HARTA DAN KAYA HATI

Kaya Harta dan Kaya Hati
Kaya Harta dan Kaya Hati

Buku ini mengandungi pendekatan yang jitu untuk memperkayakan harta atau meluaskan rezeki serta meraih kekayaan hati. Kaedah yang dibahaskan tidak berdasarkan ilmu ekonomi atau perniagaan tetapi berdasarkan aspek spiritual dan petunjuk Ilahi. Siapa yang tidak mahu hidupnya berlimpah dengan harta? Siapa yang tidak mahu hatinya tenteram dan bahagia? Buku ini akan menjawab semua persoalan ini..

Miliki buku ini untuk meraih kebahagiaan hati dan kekayaan harta!

Dr. Sa’id Abdul Azhim (Author) 
ISBN : 9789674282189 
Pages : 160 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6”x 9” 
Text Printing : 1 Color 

Price Now:RM 15.50

7 AMALAN PENARIK REZEKI

7 Amalan Penarik Rezeki
7 Amalan Penarik Rezeki
Buku ini mengandungi beberapa kelebihan iaitu, mengetahui cara-cara memperoleh rezeki yang dijamin, digantungkan dan dijanjikan. Perkara yang menarik ialah anda akan dapat mempelajari dan mempraktikkan “Solat Tarik Rezeki.” Dengan buku ini juga, anda akan mengetahui cara melipatgandakan rezeki sehingga 700 kali ganda serta belajar menguasai cara mempercepatkan dan melancarkan rezeki. 

Ketahui juga cara menghapuskan penghalang kepada datangnya rezeki!


Muhammad Syafi’ie El-Bantanie (Author) 
ISBN : 9789674282202 
Pages : 144 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6”x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Price Now:RM 14.90

17 CARA REZEKI MELIMPAH

17 Cara Rezeki Melimpah
17 Cara Rezeki Melimpah

Anda akan temui 17 cara melimpahkan rezeki di dalam buku ini. Ini bukanlah teknik silap mata. Ia merupakan suatu yang benar. Buku ini menerangkan cara yang sangat mudah dan ringkas dalam mengundang dan memperoleh rezeki. Setiap orang pasti mampu melakukannya. Cara demi cara akan ditunjukkan dan dibincangkan dalam buku ini. Tujuannya hanya satu, agar para pembaca boleh menemui kunci tersebut dengantepat hingga mampu membuka pintu rezeki. Kini, giliran anda untuk membuktikan kehebatan 17 cara mudah yang terdapat dalam buku ini.

Ingin mendapatkan kunci pintu rezeki? Dapatkan segera buku ini!

Majdi Asy-Syahawi (Author) 
ISBN : 9789674282196 
Pages : 176 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6”x 9” 
Text Printing : 1 Color 

Price Now:RM 15.50

11 CARA IBADAH PEMUDAH REZEKI

11 Cara Ibadah Pemudah Rezeki
11 Cara Ibadah Pemudah Rezeki

Untuk memperoleh rezeki kita hendaklah berikhtiar dan banyak beribadah kepada Allah SWT. Hal ini kerana, banyak ibadah yang jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan betul akan mendatangkan rezeki yang berlimpah dan penuh berkat. Justeru, apakah ibadah tersebut? Buku ini secara terperinci akan menjelaskan tentang 11 ibadah yang dapat melancarkan rezeki. Dengan melakukan 11 ibadah dengan ihklas dan betul, insya-Allah rezeki akan menghampiri anda secara yang tidak disangka-sangka.Dapatkan buku ini bagi anda yang mahu memperoleh rezeki yang hadir secara tiba-tiba dan penuh berkat!

Amirulloh Syarbini dan Aep Kusnawan (Author) 
ISBN : 9789674282219 
Pages : 144 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6”x 9” 
Text Printing : 1 Color 

Price Now:RM 14.90

DOA & AMALAN UNTUK PELAJAR DAN PETUGAS

Doa & Amalan untuk Pelajar dan Petugas
Doa & Amalan untuk Pelajar dan Petugas
Manusia dalam menjalani kehidupannya mempunyai kewajiban untuk membekalkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang akan membantu kesempurnaan dalam rangka mengabdi diri kepada Allah SWT.

Buku yang mengandungi pelbagai doa ini sengaja disajikan bagi pelajar dan petugas supaya dapat membantu dalam menjalani tugas seharian. Doa yang diamalkan adalah sebagai salah satu ikhtiar secara batiniah agar segala ikhtiar yang dilakukan membuahkan hasil ujian yang memuaskan dan membanggakan, serta mendapat reda dari Allah SWT.

Penyusun: Dr Hassan Noor, Norhaslinda Zulkiple (Author)
ISBN : 9789674280260
Pages : 184
Publisher : Synergy Media
Book Size : 4” x 6”
Text Printing : 2 Color
Price:RM 8.90
Price Now:RM 8.00

PERBUALAN BAHASA INGGERIS CEPAT & EFEKTIF

Tajuk : Panduan Bahasa Inggeris Cepat dan Efektif
Sunarti Yusoff (Author) 
ISBN : 9789673719907 
Pages : 304 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 4” x 5.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 7.50 
Price Now:RM 6.80

Buku ini ditujukan khas kepada mereka yang ingin mahir dalam bahasa Inggeris dan menggunakannya dalam perbualan harian. Gaya perbualan di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada perbualan di pelbagai tempat seperti di hospital, di pusat membeli belah, taman bunga dan pelbagai lagi.

Buku ini sesuai dibaca dalam menambah keupayaan anda dengan epat dan berkesan dalam masa yang singkat.

Tidak rugi memilikinya!

PANDUAN BAHASA INGGERIS CEPAT & MUDAH

Tajuk : Panduan Bahasa Inggeris Cepat dan Mudah
Siti Nur Akma Ahmad (Author) 
ISBN : 9789673719884 
Pages : 304 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 4” x 5.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 7.50 
Price Now:RM 6.80

Buku ini memuatkan bahasa Inggeris yang selalu digunakan dalam perbualan seharian. Buku ini memuatkan lebih dari 100 perbualan bahasa Inggeris yang perlu dikuasai agar kita dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Buku ini turut diterjemahkan bersama terjemahan ke dalam bahasa Melayu di samping frasa-frasa ringkas yang membolehkan anda memahaminya dengan cepat, tepat dan lancar.

Tempahlah sekarang juga!