SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Wednesday, March 18, 2015

CILI HIBRID SEBAGAI SUMBER BISNES

Cili Hibrid sebagai Sumber Bisnes,Agro
Cili Hibrid sebagai Sumber Bisnes
Turun naik harga cili sukar diramalkan kerana ia boleh melambung naik secara tiba-tiba. Namun begitu, jarang sekali harganya turun mendadak. Keadaan ini tentunya membebankan dan merugikan petani. Oleh itu, para petani harus memiliki strategi pemasaran yang jitu untuk mengurangkan ketidakseimbangan harga ini. Salah satu cara tersebut ialah penanaman cili untuk industri.

Apa keuntungan yang diperolehi petani jika menanam cili untuk industri? Bagaimana caranya untuk menembusi pasaran industri? Bagaimana pula tknik perusahaan cili untuk industri? Semua penjelasan untuk soalan tersebut terdapat di dalam buku ini.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan segera untuk anda memulakan langkah sebagai usahawan cili!

Mohd. Hadi (Author) 
ISBN : 9789670478562 
Pages : 133 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 36.90 Price Now:RM 33.20

INDUSTRI KELAPA SAWIT SEBAGAI SUMBER BISNES

Industri Kelapa Sawit Sebagai Sumber Bisnes,Agro
Industri Kelapa Sawit Sebagai Sumber Bisnes
Kelapa sawit terdiri daripada dua spesis Arecaceae atau keluarga palma yang digunakan untuk pertanian komersial dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Pelbagai usaha dijalankan untuk mewujudkan pengembangan dan pembangunan perladangan kelapa sawit dengan perlesenan yang sesuai dengan peraturan dan perundangan.

Buku ini turut memuatkan tentang pengurusan penghasilan serta teknik tanaman yang efektif. Semoga buku ini bermanfaat bagi perkembangan dan kemajuan perniagaan perladangan kelapa sawit di Malaysia.

Jangan berlengah lagi, dapatkan segera buku ini!

Zulhairi Fahmi (Author) 
ISBN : 9789670478579 
Pages : 191 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 36.90 Price Now:RM 33.20

DATA NUTRIEN SAYURAN & KHASIATNYA

Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya,Agro
Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya
Bagi orang awam, semua jenis sayur-sayuran adalah baik untuk dimakan. Begitu juga persepsi orang yang sihat, mengamalkan pemakanan pelbagai jenis sayur-sayuran tidak akan menimbulkan sebarang kesan negatif. Namun begitu, situasi tersebut adalah berbeza bagi orang yang menghidapi sesuatu penyakit. Bagi golongan ini, mengamalkan pemakanan sayur-sayuran tertentu akan memburukkan lagi penyakit yang mereka hidapi.

Jadi, buku ini menjelaskan tentang fungsi sesuatu sayuran terhadap manusia, kebaikan serta kemudratannya yang boleh memburukkan lagi situasi golongan yang menghidapi sesuatu penyakit.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang mahukan info serta panduan untuk memilih sayuran yang sesuai dalam rutin pemakanaan harian.

Dapatkan segera buku ini untuk kualiti pemakanan yang lebih baik!


Nurul Asyikin (Author) 
ISBN : 9789670478517 
Pages : 336 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 49.90 Price Now:RM 44.90

POKOK KELEMPAYAN SEBAGAI SUMBER BISNES

Pokok Kelempayan sebagai Sumber Bisnes,Agro
Pokok Kelempayan sebagai Sumber Bisnes
Selain Jati dan Sengon, trend pelaburan industri kayu kini beralih arah kepada tanaman Kelempayan. Tanaman ini mampu tumbuh dalam pelbagai keadaan tanah dan memiliki pertumbuhan yang sangat pantas (fast growing spesis). Selain itu, batang pokok ini memiliki tahap kelurusan yang sangat baik serta tahan terhadap serangan kulat dan penyakit berbanding dengan pokok Sengon.

Prospek penanaman Pokok Kelempayan masih terbuka luas. Pelbagai industri perkayuan sudah banyak menggunakan kayu Kelempayan sebagai bahan utama. Jadi, dapat disimpulkan bahawa penanaman Kelempayan adalah satu pelaburan masa hadapan yang sangat menguntungkan.

Jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini, buku ini adalah rujukan terbaik untuk anda. Dapatkan segera!

Mohd Idham (Author) 
ISBN : 9789670478524 
Pages : 103 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 24.90 Price Now:RM 22.40

LIDAH BUAYA SEBAGAI SUMBER BISNES

Lidah Buaya Sebagai Sumber Bisnes
Lidah buaya merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Pelbagai sektor industri memerlukan lidah buaya sebagai bahan mentah, antaranya industri farmasi, kosmetik serta produk makanan dan minuman. Terdapat banyak cara untuk meraih keuntungan dari lidah buaya iaitu dengan cara mengusahakannya samada secara kecil-kecilan atau secara perladangan.

Buku ini memaparkan pelbagai jenis cara dan kaedah yang berkaitan dengan cara mengusahakan lidah buaya bermula dari aspek penanaman, pemeliharaan tanaman, cara kutipan serta cadangan dan cara pengolahan lidah buaya menjadi suatu produk.

Bagi anda yang berminat untuk menceburkan diri dalam perusahaan lidah buaya, buku ini menjelaskan dengan terperinci semua maklumat yang anda perlukan.

Dapatkan buku ini dengan segera dan mulakan langkah anda dengan penuh keyakinan!

Aizat Sufyan (Author) 
ISBN : 9789670478531 
Pages : 119 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 26.90 Price Now:RM 24.20

POKOK GAHARU SEBAGAI SUMBER BISNES

Pokok Gaharu sebagai Sumber Bisnes
Perkembangan nilai gunaan gaharu , samada sebagai bahan industri minyak wangi, kosmetik dan ubatan herba semakin meningkat. Hal ini mengakibatkan permintaan pasaran dari pelbagai negara turut meningkat denga harga jualan yang tinggi. Pengeluaran hasil gaharu yang pada asalnya hanya diperoleh dari hutan semula jadi, kini tidak mampu lagi dipenuhi. Dengan berkembangnya teknologi dalam bidang pertanian, kini tanaman hasil gaharu dapat diusahakan dan pengeluaran hasil gaharu dapat dipertingkatkan.

Buku ini menyajikan pelbagai jenis tanaman penghasil gaharu komersial yang sesuai untuk diusahakan. Jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam pertanian ini, buku ini amat sesuai untuk anda.

Dapatkan segera!

Shamsul Ahmad (Author) 
ISBN : 9789670478548 
Pages : 93 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5" x 9.5" 
Text Printing : 4 Color 

Price:RM 23.90 Price Now:RM 21.50

7 JENIS POKOK KAYU SEBAGAI SUMBER BISNES

7 Jenis Pokok Kayu sebagai Sumber Bisnes,Agro
7 Jenis Pokok Kayu sebagai Sumber Bisnes
Permintaan kayu untuk pasaran tempatan dan tujuan eksport terus meningkat setiap tahun. Oleh itu, peluang untuk melabur di dalam sektor perusahaan tanaman hutan untuk menghasilkan kayu masih terbuka luas. Pola pelaburan yang dapat menghasilkan sehingga jutaan ringgit ini merupakan salah satu pelaburan masa hadapan yang sangat menguntungkan. Selain Sengun dan Jati, beberapa jenis tanaman hutan yang popular untuk diusahakan dan banyak mendatangkan ringgit di antaranya Meranti, Mahogani, Surian, Kayu Afrika dan Jati Putih.

Buku ini membincangkan teknik perusahaan pelbagai tanaman hutan secara praktis dan mudah. Selain itu, buku ini juga dilengkapi dengan jalur pemasaran dan analisis ekonomi.

Mulakan langkah anda sekarang dengan menjadi usahawan pertanian dengan mendapatkan buku ini sekarang!

Fahmi Jamaluddin (Author) 
ISBN : 9789670478555 
Pages : 133 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 9.5” 
Text Printing : 4 Color 


Price:RM 29.00 Price Now:RM 26.10

Tuesday, March 17, 2015

MISTERI KERANDA BERPUAKA

Tajuk : Misteri Keranda Berpuaka
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716746 
Pages : 416 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 27.50 Price Now:RM 24.80

Sebuah keranda berisi mayat seorang wanita iaitu Julia telah lenyap dari hospital. Kisah bermula apabila Julia telah dilanggar dan meninggal di tempat kejadian. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak dapat mengesan siapakah yang telah melanggar Julia. Sewaktu di hospital, kejadian aneh telah berlaku. Keranda yang berisi mayat Julia tiba-tiba bergetar dan kemudian berundur lalu terbang menghilang di tengah kegelapan malam, kemudian muncul secara mengejut di beberapa tempat. Kemunculan keranda misteri itu akan diikuti pula dengan satu pembunuhan kejam yang menimbulkan persoalan.

Mangsa seterusnya adalah Hamadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang asyik bermain cinta dengan kekasihnya dan ketika itu sebuah keranda menerobos masuk ke dalam bilik. Hamadi masuk ke dalam keranda yang terbuka dan kemudian menjerit apabila keranda tersebut tertutup dan menghilang. Dia kemudian ditemui mati tersangkut di tepi sungai. Mangsa ketiga adalah Halim. Merupakan saksi langgar lari. Halim dilanggar dengan kuat dan kejam. Dia dijumpai dengan kepala separuh remuk. Halim Cuma saksi, tetapi mengapa dia turut menjadi mangsa? Mangsa seterusnya adalah Anuar. Anuar mati dengan sekujur kulit tubuh mengeriput kehilangan cairan tubuh, terutama darah. Kemudian mangsa terakhir adalah Sufian.

Bahari seorang polis yang terkenal dengan sikap dedikasinya dalam menjalankan tugas, berusaha keras menyiasat kes-kes pembunuhan itu. Bahari turut mengalami kejadian aneh sepanjang dia menyiasat kes tersebut. Apakah kaitan pembunuhan dengan keranda misteri itu dan siapakah dalang di sebalik kejadian misteri ini? Dapatkah Bahari berhadapan dengan kenyataan yang mengejutkan yang penuh dengan misteri?

Untuk mengungkap segala misteri tersebut, dapatkan buku Misteri Keranda Berpuaka. Jadi, tunggu apalagi, dapatkannya segera.

MISTERI PERAWAN KUBUR

Tajuk : Misteri Perawan Kubur
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716753 
Pages : 336 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 23.90 Price Now:RM 21.50

Gadis itu dilahirkan hanya untuk membunuh. Penderitaan dan penghinaan tanpa ada perikemanusiaan yang dialami ibunya, harus dibalas. Lara adalah ibu kepada Nona yang telah menjadi mangsa fitnah Zainal. Adam ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya iaitu Lara telah berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun suami Lara telah dibunuh akibat daripada fitnah yang mengatakan suaminya membawa wabak penyakit merebak ke seluruh penduduk kampung, namun Lara tetap mahu hidup bersendirian. Setelah kematian suaminya, penyakit tetap juga merebak. Akhirnya Zainal dan Tok Zaman serta penduduk kampung pergi ke rumah Lara untuk membunuhnya. Tiada kata yang dapat Lara ungkapkan untuk membela dirinya. Dia tahu akan nasibnya selepas ini. Dia hanya mampu berdiam dan merelakan dirinya dipancung. Lara telah dikebumikan bersama bayi dalam kandungannya.

“Mereka tidak tahu ayah kamu telah menitip kamu pada aku, anakku. Mereka juga tidak tahu, hanya kekuatan luaran aku yang telah mereka curi , melalui kekuatan dalaman aku yang masih aku miliki anakku, aku kini menyusup ke dalam jiwa ragamu. Lahirlah dan hiduplah, anakku. Dan balas segala sakit hati ibumu pada manusia terkutu itu. Bangkitlah...bangkitlah…!

Itu adalah kata-kata terakhir Lara buat anak dalam perutnya. Maka berakhirlah kisah hidup Lara. Namun jiwa Lara tetap hidup dalam jiwa Nona. Tidak ada tujuan lain dalam hidupnya selain untuk membalas dendam. Iskandar memanggilnya Nona. Dia menganggap Nona adalah gadis murahan. Sedikit pun dia tidak percaya bahawa gadis itu lahir di dalam kubur. Lebih mengejutkan lagi, ibu gadis tersebut adalah watak dalam salah satu novel karya Iskandar. Persoalan semakin rumit sewaktu Nona jatuh cinta kepada Iskandar. Sedangkan Maria adalah satu-satunya perempuan yang Iskandar sayangi. Kini Maria telah berubah, dia berpindah sari satu pelukan ke pelukan lelaki lain. Imaginasi Iskandar hanya untuk membuktikan gadis itu berasal dari dunia lain. Iskandar terseret ke dunia lain dan menyaksikan bagaimana Nona melampiaskan kesumatnya.

Dapatkah Iskandar kembali ke dunia nyata? Mampukah Maria merebut kembali cinta suaminya yang sudah beralih pada Nona di alam lain?

Apa yang anda tunggu lagi, milikilah buku ini segera!

MISTERI MANUSIA SERIGALA

Tajuk : Misteri Manusia Serigala
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716760 
Pages : 296 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 21.90 Price Now:RM 19.70

Raudah Karina menyaksikan kematian ibunya dalam satu kejadian langgar lari ketika mereka bersama-sama menunggu bas di tepi jalan. Pemandu kereta tersebut melarikan diri tanpa dikesan. Ketika dirawat di hospital, ibunya berkelakuan pelik apabila meminta Raudah Karina meminum darah lukanya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beberapa hari kemudian, pemandu kereta yang melarikan diri itu muncul semula menyerah diri dibalai polis. Bagaiamanapun, Raudah Karina tahu orang yang mengaku bersalah itu bukanlah pesalah yang sebenarnya. Pesalah sebenar adalah orang lain. Orang yang mengaku bersalah tersebut adalah dalang yang telah menerima rasuah. Pesalah sebenar tidak dapat dihukum kerana permainan undang-undang yang didalangi oleh seorang tokoh korporat.

10 tahun kemudian, banyak pergolakan yang berlaku akibat daripada cerita 10 tahun yang dulu. Banyak kes-kes pembunuhan bersiri yang mengerikan berlaku. Setiap mayat yang ditemui pasti dalam keadaan yang mengerikan. Banyak petunjuk mengatakan bahawa semua pembunuhan itu dilakukan oleh sejenis makhluk yang menyerupai serigala. Inspektor Amin telah bertindak menyiasat kes tersebut. Kes itu juga menarik perhatian seorang wartawan bernama Nina untuk membuat liputan berita. Mereka berdua bersama-sama mencari pembunuh bersiri tersebut.

Benarkah pembunuhan tersebut dilakukan oleh manusia serigala? Siapakah manusia serigala itu yang sebenarnya?

Bagi merungkai misteri manusia serigala ini, dapatkan buku Misteri Manusia Serigala di pasaran sekarang juga.

MISTERI KALUNG SETAN

Tajuk : Misteri Kalung Setan
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716777 
Pages : 352 
Publisher : Synergy media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 24.50 Price Now:RM 22.10

Eliza sedang tekun melakar lakaran gaun malam ketika lehernya terasa gatal. Tangannya menggaru dan meraba. Kemudian Eliza terpaksa berjuang mempertahankan nyawanya. Kalung yang dipakai dilehernya terasa bergerak, menggeliat dan hidup. Kemudian ketika itulah seorang kanak-kanak iaitu anaknya, Amelia tiba dibiliknya. Tujuan Amelia pergi ke bilik ibunya untuk meminta pendapat tentang lukisannya. Amelia amat terkejut melihat keadaan ibunya yang berusaha menanggalkan sesuatu dari lehernya. Dua hujung tali yang melingkari tengkuk ibunya seperti hidup, bergerak ke sana ke mari. Kemudian Amelia menjerit dengan kuat. Dengan tangkas tangan mungilnya meraih tali di tengkuk ibunya. Kalung tersebut terlepas dari leher ibunya.

Amelia tidak segera melepaskan kalung tersebut. Dia amat marah. Kemarahannya dilampiaskan dengan menggigit salah satu hujung yang menyerupai tali itu sekuat-kuatnya. Tali tersebut berusaha membelit tangan Amelia. Benda tersebut tiba-tiba lenyap. Ibunya iaitu Eliza akhirnya rebah dan menggelupur. Mati dengan sekujur tubuh hangus dan mengecut. Selepas kejadian tersebut Amelia dikatakan menjadi kurang siuman.

Kalung syaitan yang melingkari leher Eliza hilang begitu sahaja dan muncul setelah belasan tahun menghilang. Kemunculan semula kalung tersebut yang tidak kurang kejam dalam mencari tubuh untuk membiak, sekaligus menciptakan racun yang boleh mematikan mangsanya. Ramai yang berebut untuk mendapatkan kalung syaitan tersebut. Setiap orang yang Berjaya mendapatkan kalung tersebut akan mati. Kalung syaitan itu harus dihentikan dengan cara menggali kubur Eliza. Tetapi, makhluk kejam tersebut semakin bermaharajalela. Tidak seorang pun yang mampu menghentikannya.

Dapatkan kalung syaitan itu dimusnahkan? Segalanya terjawab dalam buku Misteri Kalung Setan. Dapatkannya segera.

DENDAM ARWAH BERDARAH

Tajuk : Dendam Arwah Berdarah
Ahmad Idham (Author) 
ISBN : 9789674440749 
Pages : 288 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 11.00 Price Now:RM 11.00

Zulfa memerhatikan dengan tajam di belakang Maria. Maria Nampak sibuk menulis di papan hitam. Tetapi! Kelihatan rambut Maria yang diikat ekor kuda kini nampak bergelombang. Ketika & Maria menoleh ke arahnya, itu bukan wajah Maria! Dengan seringai di wajahnya, Lisa menoleh ke arah Zulfa. Seakan-akan dia mengerti bahawa Zulfa sedang memerhatikannya dari belakang. Lisa seorang gadis yang sudah meninggal dunia tetapi muncul untuk menuntut dendam. Mengapakah roh Lisa ingin membalas dendam? Dan siapakah roh Lisa mencari? Ikuti cerita ini hingga penghujungnya.

Adakah anda penggemar cerita mistik? Dapatkan buku ini untuk menyingkap cerita misteri Dendam Arwah Berdarah!

MOTEL BERPUAKA

Tajuk : Motel Berpuaka
Zulkifli Nordin (Author) 
ISBN : 9789674440756 
Pages : 176 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.50 Price Now:RM 8.50

Dia terkejut ketika pandangannya yang kabur melihat dengan samar-samar banyak kelawar yang sedang tidur dalam posisi bergantungan pada siling. Tiba-tiba dia dihambat ketakutan apabila melihat satu bayangan hitam yang tinggi dan besar dating ke arahnya. Ketika wajah banyangan itu makin jelas di matanya, dia berteriak dengan penuh hysteria. Tetapi kerongkongnya seperti tersekat, sepatah kata pun tidak kedengaran. Ketika lembaga itu menggigit lehernya, Indra kembali tidak sedarkan diri.

Buku sera mini akan membawa anda ke dunia ‘vampire’ yang sukar untuk diterima akal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang, segera dapatkan buku ketakutan tanpa sempadan ini!

DENDAM PUNTIANAK

Tajuk : Dendam Puntianak
Salleh Majid (Author) 
ISBN : 9789674440763 
Pages : 272 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 10.90 Price Now:RM 10.90

Pernahkah anda melalui jambatan Pulau Pinang? Anda tahu cerita di sebalik proses pembinaannya? Jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dan Georgetown mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sesiapa yang melalui jambatan itu, akan diganggu dan mendapat kemalangan.

Perkara ini berterusan hinggalah dua beradik, Adilah dan Rosnah melalui jambatan itu. Bagi remaja muda seperti Adilah yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tentang sejarah di sebalik jambatan hebat ini, dia berusaha untuk merungkai misteri kabus putih yang menyelaputi keseluruhan jambatan ini.

Anda ingin tahu apakah kisah duka dan mendebarkan yang dialami oleh dua beradik itu? Dapatkan buku ini dan terus membaca hingga ke penghujungnya!

TEROWONG BERHANTU

Tajuk : Terowong Berhantu
Anuar Abdullah (Author) 
ISBN : 9789674440770 
Pages : 224 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 9.50 Price Now:RM 9.50

Ramli melihat ke depan, melalui celah-celah sapuan wiper yang mengayun cepat. Mereka telah sampai berhampiran terowong. Di depannya, sebuah portal kayu menghalangi jalan masuk ke terowong. Siapa sangka sebuah terowong di bawah rel kereta api yang menuju suatu laluan dihuni oleh makhluk-makhluk ghaib. Makhluk yang sangat mengerikan dan menakutkan semua orang yang melaluinya. Tidak ada lagi yang terselamat dari ketakuata, termasuklah Ramli dan Rizal apabila melalui kegelapan terowong itu.

Apakah sejarah misteri yang menghantui terowong itu? Segera dapatkan koleksi buku ini untuk mengetahui kisah disebalik terowong berhantu ini!

KISAH BENAR CERITA-CERITA HANTU

Tajuk : Kisah Benar Cerita-cerita Hantu

Hassan Nor (Author) 
ISBN : 9789674440787 
Pages : 320 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 11.90 Price Now:RM 11.90


"Titiskan darah kamu semua dan masukkan ke dalam botol dan letakkan sebahagian pada kertas putih. Gilung dan masukkan ke dalam botol yang sama sebelum ditutup rapat dan dilemparkan ke dalam laut."

Inilah sebahagian peristiwa yang pernah dilalui oleh watak dalam Kisah Benar Ceirta-cerita Hantu. Jika anda berani untuk mengantikan watak di atas, bacalah 30 kisah seram dan misteri dari negara Asia yang lain dalam buku ini. Kisah-kisah seram dan misteri tersebut merupakan kumpulan cerita yang diilhamkan dari pelbagai kisah benar yang mengalami situasi paranormal di pelbagai negara Asia terutama dari negara Asia Tenggara.

KISAH SERAM LEWAT MALAM

Tajuk : Kisah Seram Lewat Malam
Noor Azaniah Noor Azmi (Author) 
ISBN : 9789674440794 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Text Printing:1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.90

Maisarah mengurungkan dirinya di dalam bilik untuk sekian lamanya setelah dia gagal dalam peperiksaan semester. Kekecewaan yang tidak tertanggung menyebabkan dia membunuh diri. Namun setiap kali rakannya mengetuk pintu, ada sahaja suara yang telah terjadi kepada Maisarah? Dari mana datangnya suara yang menyahut dari dalam bilik itu?

Mari kita bongkar misteri di sebalik kehilangan Maisarah dengan mendapatkan buku ini di pasaran!

HANTU LANGSUIR GANGGU IBU HAMIL

Tajuk : Hantu Langsuir Ganggu Ibu Hamil
Morlee Abu Bakar (Author) 
ISBN : 9789674440800 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5”x7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.90

Dongeng kisah seram, merupakan media yang sering digunakan orang-orang dahulu untuk menghantar anak-anak mereka masuk ke alam mimpi. Tetapi tahukah anda bahawa tidak semua kisah yang diutarakan adalah dongeng semata-mata. Dan tidak semua kisah juga melalui alur yang sentiasa bahagia.

Kisah-kisah seram di dalam buku ini bukanlah hanya cerita sembarangan. Kisah ini merupakan kisah yang diceritakan pada waktu tengah malam, ketika tiada suara lain yang anda dengar selain detak jantungmu sendiri dan ketika mana tiada orang lain mendengar setiap jeritanmu.

Segera dapatkan buku ini untuk menikmati perjalanan kisah seram ini sehingga di penghujungnya. Mari menyingkap dunia misteri!

KISAH HANTU RAYA, POLONG & PELESIT

Tajuk : Kisah Hantu Raya, Polong & Pelesit
Rahila Zulbahari (Author) 
ISBN : 9789674440817 
Pages : 234 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 9.50 Price Now:RM 8.60

Cuti hujung minggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Dani dan kawan-kawannya bersepakat untuk menghabiskan masa cuti di rumah neneknya. Pelbagai perkara aneh berlaku sepanjang perjalanan mereka bermula.

Apakah yang akan berlaku? Berjayakah Dani dan kawan-kawannya melalui keadaan ngeri dan menyeramkan yang pastinya menggetarkan jiwa. Jom, sama-sama ikuti kisah seram yang melanda mereka dalam koleksi novel ini.

RUMAH BERPUAKA DI TEPI KUBURAN

Tajuk : Rumah Berpuaka di Tepi Kuburan
Noor Azaniah Noor Azmi (Author) 
ISBN : 9789674440831 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Cerita ini mengisahkan tentang 4 orang kawan iaitu Haiqal, Faizul, Arman, dan Adam. Mereka telah menyewa di sebuah rumah yang bersebelahan dengan perkuburan. Sejak berpindah ke situ perbagai kejadian aneh yang berlaku termasuklah melihat gadis-gadis yang cantik di kawasan tersebut, di ganggu dengan bunyi ketukan, suara wanita di tengah malam dan banyak lagi. Apa yang peliknya kawasan itu begitu jauh dengan jiran yang lain. Siapakah gadis yang sering di temui mereka? Hantu atau manusia?

KISAH NGERI JAM 12 MALAM

Tajuk : Kisah Ngeri Jam 12 Malam
Nor Syaridah Asri (Author) 
ISBN : 9789674440842 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Kamilah telah dihadiahi rakannya sebuah kotak muzik setahun yang lalu. Namun, beberapa kejadian aneh telah berlaku sejak beberapa hari ini.

Di waktu tengah malam, dia sering mendengar bunyi alunan muzik tersebut dan di ikuti ketukan pintu yang bertalu-talu di biliknya. Dia juga pernah terlihat seorang wanita dan kanak-kanak yang menyeramkan.

Apakah yang terjadi kepada Kamilah selepas itu dan mampukah dia menanganinya setiap malam??

HANTU PEREMPUAN MATA BERLUBANG

Tajuk : Hantu Perempuan Mata Berlubang
Nur Faatihah Bakri (Author)
ISBN : 9789674440848
Pages : 142
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 7.50 Price Now:RM 6.80

Brown Lady atau lebih dikenali dengan jolokan Hantu Perempuan Mata Berlubang kerap muncul di malam hari ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Kepada mereka yang berkesempatan untuk melihat kelibat Hantu Perempuan Mata Berlubang ini pasti akan menjadi peristiwa hitam dalam dirinya. Namun suatu perkara telah berlaku menyebabkan kemunculan Brown Lady ini semakin menurun. Apakah peristiwa itu?ikutilah kisah menarik ini yang penuh dengan keseraman dan terdapat kisah-kisah lain yang bakal membuka mata pembaca tentang dunia luar mistik!

DENDAM HANTU TOYOL

Tajuk : Dendam Hantu Toyol
Siti Esah Kamarulzaman (Author)
ISBN : 9789674440855
Pages : 208
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Adakah anda percaya dengan kewujudan hantu? Persoalan itu selalu menjadi tanda tanya dan buah mulut manusia yang tidak jelas pendiriannya samaada mempercayai atau menafikan kewujudan makhluk ini.


Namun yang pasti, hidangan kisah-kisah mistik di dalam koleksi novel ini mampu membuatkan pembaca berada dalam ketakutan dan diburu rasa yang mencengkam jiwa. Ikuti kisah selanjutnya

CERITA HANTU PALING MENAKUTKAN

Tajuk : Cerita Hantu Paling Menakutkan
Hassan Noor (Author)
ISBN : 9789674440862
Pages : 208
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7.5”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 8.90 Price Now:RM 8.10

Bukan semua manusia yang berpeluang dan merasai pengalaman berhadapan dengan makhluk halus ini. Oleh itu buku ini dicipta khas untuk anda yang ingin tahu tentang fenomena hantu. Cerita-cerita seram di dalam buku ini mungkin akan menghantui anda. Namun cara olahan dan penyampaian yang menarik akan membuatkan anda teruja untuk memiliki buku ini dan membacanya.

Ikuti kisah selanjutnya......

Friday, March 13, 2015

BLOG UNTUK USAHAWAN

Tajuk : Blog Untuk Usahawan
Mohd Ehsan Fahmi (Author) 
ISBN : 9789674280154 
Pages : 190 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 9” x 6” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 18.50 Price Now:RM 16.60

Ketika ini telah terjadi pergeseran fungsi dalam menggunakan blog. Pada awalnya, penggunaan blog lebih didominasikan oleh individu-individu. Namun kini, golongan usahawan juga mula kelihatan lebih aktif dengan menggunakan blog. Blog bukan hanya digunakan sebagai laman sesawang perusahaan atau media informasi semata-semata, tetapi juga untuk memperkuat aktiviti pemasaran yang dilakukan secara konvensional mahupun secara digital melalui facebook,Twitter, Plurk dan sebagainya.

Terdapat dua pilihan dalam membina blog yang lengkap untuk menyokong aktiviti bisnes. Manakala yang kedua adalah perisian Wordpress yang dipasangkan pada web hosting atau server web yang disewa.. Kedua-dua pilihan tersebut terbukti hebat dan ciri-ciri didalamnya dapat memenuhi keperluan bisnes. Selain itu, anda juga boleh menambahkan domain COM, CO.CC, CO.ID dan lain-lain untuk menampilkan kesan profesional. Domain tersebut dapat diperolehi dengan kos yang murah, malah ada juga yang percuma. Dengan begitu, anda boleh mendapatkan penyelesaian untuk bisnes yang dasyat namun kos yang rendah. Semoga buku ini bermanfaat bagi kita semua. Selamat Membaca!!!

JADI USAHAWAN INTERNET

Tajuk : Jadi Usahawan Internet
Khairul Arif Jamaluddin (Author) 
ISBN : 9789674280178 
Pages : 112 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 9" x 6" 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 14.50 Price Now:RM 13.00

Jika anda mempunyai kedai sendiri, rumusnya adalah lokasi, lokasi, lokasi. Tetapi jika anda mempunyai kedai online, rumusnya adalah trafik, trafik, trafik. Jadi selain produk anda harus menarik dan berdaya saing, kedai online anda juga harus dikunjungi oleh orang ramai. Untuk tujuan tersebut,buku jadi usahawan Internet ini membincangkan beberapa perkara penting yang dapat membantu anda :

· Membuka kedai online dengan modal 0
· Membuka kedai online tanpa rebet dan pemprograman
· Membuat forum bisnes di laman kedai online yang ketika ini semakin pesat contohnya Lowyat.net, Mudah.my, Lelong.my, Krazy Market dan sebagainya.
· Alasan-alasan mengapa anda perlu membuka kedai online di Mall dan bukannya menciptakan kedai online sendiri
· Anda akan dibantu menjual apa saja tanpa masalah, bebas rebet, dengan potensi kejayaan yang tinggi! Dengan mempraktikkan apa yang ada didalam buku ini, bererti anda sudah menjadi seorang usahawan.

KUMPULAN APLIKASI & GAMES FACEBOOK PALING DIMINATI

Tajuk : Kumpulan Aplikasi & Games Facebook Paling Diminati
Abdul Jabbar Abdul Wahid (Author) 
ISBN : 9789674280147 
Pages : 158 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 9” x 6” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 16.90 Price Now:RM 15.20

Facebook bukan hanya digunakan untuk mencari kawan lama, menulis status atau meninggalkan komen pada suatu aktiviti yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Bermain game adalah salah satu aplikasi yang terdapat dalam facebook . Walaupun mungkin pada mulanya kita tidak menyukai untuk bermain game, melalui facebook kita mungkin akan tertarik apabila diajak bertanding oleh rakan-rakan yang lain.

Jadi, game apa yang menarik dan mudah untuk kita mainkan? Dalam buku ini dijelaskan tentang pelbagai jenis game yang paling diminati dan sering dimainkan oleh pengguna-pengguna facebook dan mungkin rakan anda juga. Selain itu, di dalam buku ini juga di jelaskan cara membuat aplikasi, seperti kuiz untuk berinteraksi dengan rakan-rakan anda. Setiap langkah didalam buku ini dijelaskan dengan ringkas dan mudah, agar anda dapat mencubanya di facebook anda.

MEGA BISNES DI FACEBOOK & BLOGSPOT

Tajuk : Mega Bisnes Di Facebook & Blogspot
Ahmad Mustafa Muhammad (Author) 
ISBN : 9789674280130 
Pages : 128 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 9” x 6” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 15.50 Price Now:RM 13.90

Buku Mega Bisnes di Facebook dan Blogspot ini merupakan panduan yang tepat bagi pemula yang ingin memasarkan produk melalui Facebook dan Blogspot. Kedua-dua media ini dapat mengoptimukan tahp penjualan produk anda, asalkan kita tahu cara untuk menggunakannya. Didalam buku ini akan diterangkan tentang cara-cara memasarkan dan menjalankan bisnes di Facebook dan blogspot. Setiap langkah bermula daripada membuat akaun, memuat naik gambar, video, blogsetting, memasang widget, templat sehingga dapat mengoptimumkan pemasaran produk anda.

Dengan panduan dan cara yang disediakan dalam buku ini, sudah pasti anda akan dapat memasarkan produk anda dengan lebih meluas lagi.
Selamat Mencuba!!!

MEMPROGRAM ANDROID UNTUK PEMULA

Tajuk : Memprogram ANDROID untuk Pemula
Khairul Amir (Author) 
ISBN : 9789674440008 
Pages : 112 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5.5” x 8.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 14.90 Price Now:RM 13.40

Pemprograman atau pengaturcaraan berasaskan Android tidak semudah pemprograman lain yang ditujukan untuk desktop komputer. Namun, dengan mempelajari pemprograman Android melalui keterangan yang dimuatkan dalam buku ini, pemprograman tersebut menjadi lebih mudah difahami.

Buku ini mengupas pemprograman Android bermula dari install Java, Eclipse hingga menulis baris-baris pemprograman yang ringkas namun jelas. Tujuannya untuk membantu anda memahami cara menulis kod-kod di sebalik aplikasi Android. Diharapkan, anda akan mengenali konsep asas pembuatan aplikasi Android setelah membaca buku ini.

ANDROID FOR ONLINE BUSINESS

Tajuk : Android for Online Business
Ruslin Rusli (Author) 
ISBN : 9789670585987 
Pages : 208 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5.5” x 8.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 18.50 Price Now:RM 16.70

Bisnes online sudah tidak boleh dipandang sebelah mata. Ramai pembeli merasa selesa berbelanja segala keperluan hanya dari rumah. Dengan bermodalkan blog, laman web dan akaun rangkaian sosial setiap orang mampu menjalankan bisnes online ini.

Android sebagai salah satu sistem operasi telefon pintar memang sangat tepat untuk menjalankan bisnes online. Aplikasi percuma yang terdapat di internet ini dapat anda manfaatkan untuk menjalankan bisnes online. Dalam buku ini, penulis akan membahas pelbagai jenis aplikasi Android yang boleh anda jadikan sebagai senjata untuk mula menjalankan bisnes online. Selain itu, kupasan tentang aplikasi-aplikasi Android untuk memproses pelbagai hal berkaitan dengan bisnes online juga terdapat dalam buku ini.

MEMBANGUN KEDAI ONLINE DENGAN BLOGGER

Tajuk : Membangun Kedai Online dengan Blogger

Muhd Azril Azrai (Author) 

ISBN : 9789674440046 
Pages : 256 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5.5” x 8.5” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 21.90 Price Now:RM 19.70

Ingin memiliki kedai online yang canggih secara percuma?
Atau ingin menjadikan Blog anda sebagai mesin pengeluaran wang?
Ingin tahu bagaimana cara menjual barang dan memperoleh keuntungan?

Jawapannya ada di dalam buku ini. Melalui buku ini, anda akan diajar langkah demi langkah untuk membina kedai online profesional. Anda boleh menjual produk sama ada berbentuk barangan atau perkhidmatan dengan mudah, cepat dan efektif. Membina sebuah kedai online tidaklah sukar bahkan boleh dilakukan dengan percuma. Berikut ini beberapa perkara yang dibincangkan di dalam buku ini:

• Cara mendaftar, merancang hingga mengubah blog dari Blogger menjadi kedai online yang menarik.
• Panduan mendapatkan domain profesional secara percuma untuk dijadikan alamat kedai online.
• Panduan lengkap menambahkan fitur e-commerce pada kedai online dari Blogger.
• Menarik ribuan pengunjung yang ingin membeli produk anda.

Tunggu apa lagi, segera tingkatkan keuntungan perniagaan anda dengan kedai online dari Blogger!