SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

MIMPI PUTERI IMPIAN

Tajuk : Mimpi Puteri Impian

Author : C. Faradhina Iskandar
ISBN : 9789674280987
Pages : 123
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.90

Price Now:RM 13.90

Di sebuah desa, terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai sebuah impian yang sangat besar. Gadis kecil tersebut bernama Juliana. Impiannya adalah untuk menjadi seorang penulis terkenal. Dia berharap wang hasil dari setiap penulisannya dapat membayar semua hutang-piutang ibunya. Adakah impian Juliana untuk menjadi seorang penulis novel kanak-kanak tercapai? Adakah buku yang ditulis Juliana berjaya diterbitkan?

Haa...bukan itu sahaja adik-adik, buku comel ini turut menyelitkan pelbagai cerita menarik yang sangat seronok dibaca. Pelbagai kisah teladan yang ada. Jadi, adik-adik jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku comel ini ya!

DELIMA IS RIGHT!

Tajuk : Delima is Right!

Author : Amalinda Zhafirani Nabila
ISBN : 9789674280994
Pages : 95
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM12.90 

Price Now:RM 12.90

"Dahlah, jangan gaduh lagi. Apakata kalau kita cuba berniaga sesuatu?" Afifa mencelah. "Berniaga apa? Boleh ke?" tanya Luqman, bingung.

"Kita cuba dulu, Jangan menyerah sebelum mencuba. Kalau takut, kita takkan maju," celah Afifa lagi. "Tapi, kita hendak menjual apa?" tanya Ema.

Ha, adik-adik ingin tahu apa aktiviti mereka sebenarnya? DELIMA itu siapa? Dapat teka? Kalau adik-adik ingin tahu apa yang dibincangkan oleh mereka, jom dapatkan buku ini. Adik-adik pasti teruja dengan pengembaraan mereka.

GADIS SHOPAHOLIC

Tajuk : Gadis Shopaholic

Author : Alya Nabila
ISBN : 9789674281014
Pages : 122
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.90

Price Now:RM 13.90

Wah! seronoknya siapa tidak pernah ke pasaraya besar. Inilah dia rakan kita, watak utama Nabila merupakan seorang remaja yang suka membeli-belah. Bila-bila masa saja dia boleh pergi membeli-belah di mana-mana butik terkenal kesukaannya. Kerana sikapnya itu, dia digelarkan oleh kawan-kawannya sebagai Shopaholic!

Wang bukan suatu masalah bagi Nabila. Ibu bapanya merupakan orang kaya dan sangat memanjakannya. Tapi, perubahan mula terjadi dalam hidup Nabila selepas dia mengenali Zazirah. Siapakah Nazirah itu? Perubahan apakah yang telah terjadi pada diri Nabila? Temui jawapannya dalam buku ini.

DUNIA BUKU DIANA

Tajuk : Dunia Buku Diana

Author : Annisa M. Azzahra
ISBN : 9789674281038
Pages : 133
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM14.50 

Price Now:RM 14.50

Diana merupakan seorang gadis kecil yang sangat suka membaca. Namun disebabkan kehidupan ibunya yang susah, Diana tidak dapat membeli buku-buku yang digemarinya.

Pada suatu hari, ibunya telah membuat satu kejutan istimewa buat Diana hingga membuatkan Diana benar-benar terharu.

Adik-adik nak tahu apakah kejutan yang membuatkan Diana hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku comel ini. Selain itu, buku ini turut menyelitkan pelbagai cerita menarik dan memberi teladan kepada adik-adik

MISTERI HANTU VILA & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Hantu Villa & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478678
Pages : 152
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Vila Nek Asiah, seorang nenek tua yang menjaga pusara sebuah keluarga British, diganggu lembaga yang berkeliaran! Berita tersebut telah menggemparkan seluruh penduduk sehingga didedahkan oleh stesen televisyen dan media cetak di ibu kota! Semua penduduk merasa takut untuk melalui halaman vila kerana takut sekiranya diganggu oleh lembaga yang bermaharajalela di situ.

Namun, mengapakah Farah dan rakan-rakannya begitu berani untuk membongkarkan rahsia di sebalik gangguan lembaga yang sering mengganggu dengan bunyi-bunyi yang menyeramkan? Siapakah Rasydan? Adakah dia mempunyai kaitan dengan misteri yang menyelubungi vila tersebut? Temui jawapannya di dalam kumpulan cerita pendek siri penyiasatan yang mendebarkan ini.

MISTERI PUSARA USANG & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pusara Usang & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478685
Pages : 112
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Kononnya, Hantu Jadian itu mempunyai kepala dengan telinga yang besar dan lidah terjelir, jejari dari tangannya kurus panjang dan berkuku, tanpa badan, dengan usus melingkar di leher, seperti dirantai. Hantu Jadian juga dikatakan suka mendekati anak sulung. Adakah benar cerita Farah itu tentang Hantu Jadian?

Ada pelbagai cerita menarik yang terdapat di dalam buku ini. Ingin tahu cerita disebalik Misteri Pusara Usang? Ada apa dengan pusara itu sehingga ia menjadi begitu misteri? Apa pula cerita disebalik gara-gara Limau yang disiasat oleh para penyiasat celik kita? Dapatkah mereka mengetahui siapakah yang jahat? Siapa pula pencuri ikan yang jahat itu? Dan apakah yang berlaku di dalam cerita Berkhemah di Sungai Muda? Semuanya akan terjawab di dalam siri penyiasatan yang berjudul "Misteri Pusara Usang dan Cerita Lain" ini. Jangan ketinggalan wahai pembaca muda untuk memiliki buku ini!

MISTERI PULAU HANTU & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pulau Hantu & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478692
Pages : 128
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

"Kamu semua lihat bayang-bayang itu?" bisik Farah kepada Azman dan rakan-rakannya. "Saya juga melihatnya!" jawab Azman dan Chan hampir serentak. Wani yang penakut dan tidak sempat melihat bayangan itu memeluk rakan baiknya, Farah. "Saya takut, Farah," katanya dengan bibir gementar.

Pulau yang mendapat julukan "Pulau Hantu" itu kedengaran amat menyeramkan! Benarkah mereka yang menyebut sebagai "Pulau Hantu" hanyalah orang-orang yang mahu mencari keuntungan semata-mata? Adakah pulau tersebut benar-benar berhantu? Apakah bayangan yang mereka lihat itu? Ikuti kisah pengembaraan mereka di Pulau Hantu dan membongkar rahsia di sebalik misteri pulau tersebut.

MISTERI TOPENG BERTARING & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Topeng Bertaring & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478715
Pages : 119
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Mengapa topeng bertaring dan berwajah menyeramkan itu digunakan untuk membunuh? Apa yang terjadi kepada pembuat topeng tersebut, iaitu Pak Cik Roslan?

Topeng bertaring yang menyeramkan sememangnya telah menimbulkan kekecohan luar biasa kepada penonton di dalam dewan pertunjukan sarkas. Siapakah manusia bertopeng yang dilihat lari melompat pagar yang tinggi? Dapatkah Farah dan kawan-kawannya mendapatkan topeng berwajah seram yang telah menimbulkan banyak misteri itu?

Berdasarkan topeng tersebut Farah dan kawan-kawan berusaha untuk menjejak dan menyelesaikan misteri topeng bertaring dengan bantuan pihak polis. Banyak cerita yang boleh dibaca dalam buku Misteri Topeng Bertaring ini. Terdapat sepuluh cerita pendek yang menarik dan memberi teladan dan inspirasi. Kisah-kisah yang bermanfaat dan menghiburkan untuk dinikmati. Selamat membaca!

MISTERI PELUKIS PULAU API & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pelukis Pulau Api & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478746
Pages : 108
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Ketika Gunung Api ingin memuntahkan lahar panasnya, Pak Halim masih tidak mahu berpindah kerana beliau sibuk ingin menyiapkan lukisan Pulau Api. Beliau mempunyai ikatan yang istimewa dengan Pulau Api yang terletak berhadapan dengan rumahnya.

Farah dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Pak Halim. Siapakah sebenarnya Pak Halim? Mengapa Farah dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Pak Halim? Bagaimana cara mereka untuk menyelamatkan seniman istimewa itu? Sedangkan mereka tahu bahawa Gunung Api akan meletus pada bila-bila masa sahaja sekaligus akan membahayakan nyawa mereka.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengetahui kisah penyiasatan Farah dan rakan-rakannya yang penuh dengan pengajaran dan teladan ini. Selamat membaca.

MISTERI PULAU SEPI & CERITA LAIN

Tajuk : Misteri Pulau Sepi & Cerita Lain

Author : Rasyid Akbar
ISBN : 9789670478760
Pages : 103
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5' x 8' 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM13.50 

Price Now:RM 13.50

Dalam cerita "Misteri Pulau Sepi", Farah dan kawan-kawan mengalami cabaran baru yang mendebarkan. Mereka telah terdampar di sebuah pulau yang tidak ada penghuni, sepi dan menakutkan. Di pulau yang sepi itu, mereka telah berhadapan dengan sekumpulan penjenayah yang ganas. Dapatkah Farah dan kawan-kawannya menyelamatkan diri dari kumpulan penjenayah tersebut? Mampukah mereka mencari jalan untuk keluar dari pulau yang berbahaya itu?

Farah dan kawan-kawan hampir kehilangan seorang sahabat baik mereka dalam "Sahabat yang Hampir Hilang". Baca juga cerita "Nora", kisah perjuangan seorang kanak-kanak untuk menyara keluarganya ketika ayahnya dikhabarkan meninggal dunia. Bagaimanakah Farah dan kawan-kawannya menyelesaikan segala kemelut yang melanda? Bagaimanakah kisah mereka seterusnya?

Bacalah kisah-kisah menarik dan mencabar yang terdapat dalam buku ini. Kisah yang dipersembahkan kepada anda pasti menyeronokkan!