SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

9 NYAWA

Tajuk :  9 Nyawa
Author : Ramli Awang Murshid
Publisher : Alaf 21/Karangkraf
ISBN : 9789831244876
Genre : Malay Fiction, Thriller
Price : RM19.90

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula....menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya....ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN....mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

Mereka berdua bertemu jua....di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Saturday, February 6, 2016

SUNAN MUSAFIR

Tajuk :  Sunan Musafir
Author : Ramli Awang Murshid
Publisher : Alaf 21/Karangkraf
ISBN : 9789831247891
Genre : Malay Fiction, Thriller
Price : RM22.00

ALLAH menciptakan cinta, justeru, cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531  - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan 'ruang dan waktu'. Lebih menitikberatkan 'cinta dan air mata.' Mengutamakan 'perjuangan dan kesabaran.' Yakinilah....pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

MIKHAIL

Tajuk :  Mikhail
Author : Ramli Awang Murshid
Publisher : Alaf 21/Karangkraf
ISBN : 9789831244326
Genre : Malay Fiction, Thriller
Price : RM19.90

Mikhail - bukan sekadar nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi-fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi.

BINGKISAN SEMALAM

Tajuk :  Bingkisan Semalam
Author : Ismail Othman
Publisher : Alaf 21/Karangkraf
ISBN : 9789831246344
Genre : Malay Fiction
Price : RM16.00

Usia remajanya dilalui dengan azam dan tekad bagi menghadapi cabaran dan pengorbanan. Segala titik peluh Ismail gugur demi merencana kerjaya pada masa depan, untuk menjadi pendidik pilihan yang diharapkan.

Sebagai pendidik, bidang pendidikan yang terbentang luas menguju ketahanannya menerusi dugaan yang bukan sedikit - daripada pelajar, ibu bapa, guru-guru dan orang ramai hingga semua peringkat persekolahan.

Senario yang dilukiskan sepanjang perjalanan menjadi gambaran kepada suatu pengalaman yang penuh dengan mesej. Kisah hidup berliku ini lahir daripada coretan peribadi. Gumpalan anekdot anekdot untuk direnungi.

Adakah dia berjaya mencapai visi dan misinya? Adakah dia berjaya menghadapi permasalahan yang dibentangkan? Dia percaya langkah pilihannya ini ditakdirkan TUHAN.

ENIGMA

Tajuk : Enigma
Author : M. Zainal Abidin
Publisher : Karisma Publications Sdn. Bhd
ISBN : 9789675231001
Genre : Malay Fiction
Price : RM23.90
Price Now : RM21.50

Kesulitan dan kemiskinan hidup memaksa dia membuat pilihan. Kedamaian dan ketenangan keluarga direnggut oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Hidup Assyira penuh dengan dendam kesumat lantaran kematian bapa secara tragis.

Dia mempunyai satu misi, untuk menjayakannya, maruah dan harga diri diabaikan demi matlamatnya terlaksana. Iskandar, Dato' Razali dan Haris adalah kalangan yang memegang watak dalam episod dukanya. Apakah rancangan dan misi Assyira berjaya? Terlepaskah Assyira daripada hukuman?

JENDELA RINDU

Tajuk : Jendela Rindu
Author : Putera Sukma
Publisher : Karisma Publications Sdn. Bhd
ISBN : 9789832562986
Genre : Malay Fiction
Price : RM22.50
Price Now : RM20.25

Dia membawa diri ke perantauan kerana hati yang luka akibat hubungan keluarga. Namun bukan mudah untuk merawat luka biarpun bunga-bunga rindu menggunung di jiwa dan kian sarat meniti hari. Keengganan bapa menerima pilihan hatinya menyebabkan dia terus berjauhan.

Di satu sudut, dendam yang bergolak di jiwa manusia tidak pernah padam. Azzami memilih Azalea kerana ingin meleraikan dendam yang kian membengkak di hatinya. Kehadiran Fahmi menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Siapakah Fahmi? Sampai bilakah rajuk Azzami akan berakhir? Bilakah kesedaran mula bermukim di hati tua bapa Azzami?

ADA UNTUKMU

Tajuk : Ada Untukmu
Author : Daniella Daniel
Publisher : Karisma Publications Sdn. Bhd
ISBN : 9789832562979
Genre : Malay Fiction
Price : RM26.90
Price Now : RM24.20

Johar terjebak dalam perkahwinan paksa dengan gadis pilihan bapa. Beliau dicengkam resah kerana terpaut pada insan yang lain. Impian bersama gadis idaman musnah apabila isteri menuntut haknya. Johar membawa diri ke luar negara untuk mencari kejayaan sekali gus mengubat hati nan luka.

Namun bahagia yang sementara musnah dek kuasa takdir yang tak terduga. Dia pulang ke tanah air dengan cinta nan hampa. Namun masihkah ada cinta buatnya?

USAH PERGI DULU

Tajuk : Usah Pergi Dulu
Author : Zharulnizam Shah Z.A
Publisher : Karisma Publications Sdn. Bhd
ISBN : 9789675231018
Genre : Malay Fiction
Price : RM25.90
Price Now : RM23.30

Sebagai seorang remaja, Adib mencari-cari tapak keteguhan hidup dengan pelbagai dilema. Selain masalah cinta, dia bergelut dengan masalah keluarga. Adib merasai tempias caci maki masyarakat setempat yang dilemparkan kepada ibunya. Penderitaan ibunya menjadi pemangkin untuk dia cemerlang dalam peperiksaan.

Pun begitu, dendam, dan pelbagai persoalan terhadap pemergian bapanya terus bertakhta di hatinya. Mampukah Adib buktikan sesuatu kepada ibunya? Bagaimanakah noktah akhir terhadap penderitaan ibunya? Adakah sinar bahagia atau mereka terus bergelap menanti mentari menjelma?

NEUROSIS

Tajuk : Neurosis
Author : Mohd Kassim Mahmud
Publisher : Karisma Publications Sdn. Bhd
ISBN : 9789832562993
Genre : Malay Fiction
Price : RM24.90
Price Now : RM22.40

Seorang gadis dijerat masalah yang tidak diundang kerana diburu oleh bayang-bayang lelaki misteri yang mengepungnya di segenap ruang. Dia berusaha melepaskan diri, tetapi bayang-bayang misteri itu tetap menghambatnya walau ke mana jua dia pergi.

Dia pula kehilangan sokongan rakan-rakan yang akrab sebelumnya. Malah mereka menjauhkan diri secara tiba-tiba disebabkan bauran perasaan tidak puas hati, keliru, geram dan dendam. Mampukah gadis itu menghuraikan benang kekusutan yang membelit dirinya? Adakah dia sedang bergelut di alam realiti atau misteri?