SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Thursday, December 25, 2014

RAHSIA KEKUATAN OTAK TENGAH

Tajuk : Rahsia Kekuatan Otak Tengah
Penulis Adaptasi : Dr. Hassan Noor
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-79-6
Ketebalan : 121 mukasurat
Harga : RM15.90
Harga Kini : RM14.30



Sinopsis :

Otak sememangnya organ manusia yang paling hebat. Objek paling misteri dan paling kompleks yang ada di muka bumi ini. Beratnya lebih kurang 1.5kg, letaknya di antara cecair licin yang dilapisi jaringan yang nipis dan ia bersifat sangat lembut.

Meskipun seluruh aktiviti kehidupan tidak pernah terlepas dari menggunakannya, ramai manusia tidak pernah tahu apakah sebenarnya yang dikatakan dengan otak. Otak bukanlah mesin, yang kita boleh nampak dengan jelas apakah kerja yang dilakukannya secara langsung. Segalanya tentang otak amat kompleks dan penuh misteri. Ketika sebuah fakta tentang otak muncul, fakta dan penemuan baru tentang otak akan menyusul. Begitulah seterusnya dan pasti tidak akan tamat.

Buku ini merupakan sebuah karya yang cuba mengungkapkan ciri-ciri otak tengah, bagaimana otak tengah berfungsi serta kaedah pengaktifan otak tengah yang dikupas secara jujur dan logik. Selain itu, buku ini juga mencadangkan cara-cara untuk mengoptimumkan otak tengah tanpa dibebani oleh kos yang mahal.

STOP STRESS! BRAIN DETOX

Tajuk : Stop Stress! Brain Detox
Penulis : Femi Olivia
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-78-9
Ketebalan : 128 mukasurat
Harga : RM16.50
Harga Kini : RM14.90



Sinopsis :

Kenapa aku melakukan kesalahan itu?
Kenapa aku membuat pilihan yang salah?
Kenapa aku boleh sakit begini?
Kenapa aku tidak berfikir dulu sebelum bertindak?
Sesal kemudian tidak berguna?

Hidup dalam waktu yang berlari laju tanpa sebarang istiharat akan mempengaruhi kesihatan kita. Cara terbaik untuk mengatasi stres adalah dengan: MEMBERSIHKAN OTAK!

Pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan memaksa kita untuk memerah otak yang umumnya menggunakan fungsi otak kiri (berhubungan dengan analisis, logik, bahasa, nombor dan akademik). Ketika aktiviti otak kiri terlalu menguasai diri, aktifkan otak kanan dengan melakukan BRAIN DETOX!

BRAIN DETOX atau "membersihkan otak" dapat menjernihkan kembali fikiran dan hati. Apabila fikiran dan hati bersih, semua masalah kehidupan dan penyakit yang mengintai dapat dihilangkan. Membersihkan otak dapat membuang fikiran negatif yang boleh menimbulkan stres, membuat fikiran lebih positif, kreatif, bahagia dan damai. Ekspresikan stres dengan melakukan latihan pernafasan, senaman otak, yoga, menulis, bermain, melukis atau mendengar muzik.

Semua kegiatan ini merupakan aktiviti otak kanan dan memberi akses secara langsung kepada emosi kita. Kreativiti akan muncul sebagai penyelesaian bijak setelah kita mampu menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan. Pilihlah cara BRAIN DETOX yang paling sesuai dengan kita agar terhindar dari perangkap stres!

STRATEGI MENDIDIK ANAK JADI JUARA - 21 Taktik Mengajar Cara Nabi Muhammad SAW

Tajuk : Strategi Mendidik Anak Jadi Juara
              - 21 Taktik Mengajar Cara Nabi Muhammad SAW 
Penulis : Khairunnas
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-77-2
Ketebalan : 160 mukasurat
Harga : RM15.90
Harga Kini : RM14.30


Sinopsis:

Buku ini membincangkan bagaimana strategi mengajar secara manusiawi dan sesuai dengan cara kerja otak manusia. 14 abad yang lalu, Rasulullah SAW telah menerapkan dan berjaya mendidik para sahabat. Baginda bukan sekadar melakukan transfer knowledge tetapi turut menerapkan transfer value. Baginda bukan sekadar mendidik para sahabat menjadi insan yang cergas, intelek dan cerdas tetapi turut mempunyai keperibadian yang unggul.

Justeru, buku ini mengajak anda mencontohi kaedah pembelajaran yang diamalkan Rasulullah SAW supaya dapat melahirkan bangsa yang mulia serta berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah...

SUPER SPEED READING

Tajuk : Super Speed Reading
Penulis Adaptasi : Shaidah Ishak
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
Ketebalan : 160 mukasurat
Harga : RM16.50
Kini : RM14.90




Sinopsis :

Anda ingin belajar banyak perkara tetapi tidak ada masa?
Anda ingin membaca banyak novel, buku, artikel tetapi tidak ada masa?
Anda ingin memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tetapi tidak ada masa?
Ya! Itulah yang dialami kebanyakan orang ketika ingin berjaya. Mereka seolah-olah tidak ada masa untuk membaca dan berasa begitu membebankan dan membuang masa.

Jangan bimbang kerana kaedah Super Speed Reading dalam buku ini akan membuat anda "gila" membaca. Buku ini akan membuka jalan fikiran, pandangan sekaligus meyakinkan anda betapa membaca adalah aktiviti yang sangat menarik dan menyenangkan.

Buku ini juga dimuatkan dengan teknik-teknik membaca cepat dan efektif untuk menguasai pembacaan buku dan surat khabar, tujuan dan manfaat membaca dan memupuk minat membaca. Selain itu, disertakan latihan-latihan yang dapat dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Melalui pembacaan buku ini, anda akan belajar cara meninggalkan kebiasaan membaca yang tidak efektif, meningkatkan pemahaman dan membaca yang pantas, latihan gerak mata yang menunjang kepantasan membaca dan banyak lagi!

ART OF READING

Tajuk : Art Of Reading
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
Penulis Adaptasi : Muhd Firdaus
ISBN : 978-967-0585-75-8
Harga : RM14.90
Kini : RM13.40
Sinopsis :

Adakah hobi anda membaca atau membeli buku?

Pola membaca kita kerap menyebabkan 90% buku yang dibeli tidak habis dibaca. Hal ini kerana :

  • Kehabisan Pola
  • Rintangan/gangguan ketika membaca
  • Kurang motivasi
  • Kurang konsentrasi
  • Tidak memilih strategi yang tepat dalam membaca ketika di bahagian yang sukar 
Buku ini membantu anda mengatasi pelbagai hal di atas dengan menyediakan pelbagai penyelesaian yang sederhana dan efektif. Isinya ditulis berdasarkan pengalaman dalam menerapkan teknik membaca secara efektif yang dipelajari dari pelbagai sumber sama ada dari dalam mahupun luar negara. Jika anda tergolong dalam kalangan orang yang gemar membaca, buku ini sangat sesuai untuk anda kerana mengandungi informasi penting yang mampu menambah wawasan dan memperluaskan cakerawala fikiran terutamanya mengenai membaca.

Saturday, November 22, 2014

THE SECRET OF DAJAL

Tajuk : The Secret of Dajal
Penulis   : Ahmad A. Suci
Penerbit   : Synergy Media
ISBN   : 978-967-0478-07-4
Ketebalan  : 324 muka surat
Harga  :  RM25.00
Harga Kini : RM22.50





Pengaruh besar ajaran dajal sudah tersebar dengan meluas dalam kehidupan manusia. Akibatnya hampir tidak ada lagi pilihan lain bagi kita selain turut hidup di dalamnya. Kerana telah banyak negara-negara yang majoritinya penduduk daripada umat Islam lebih memilih mempraktikkkan secara luas dan terbuka gaya hidup dajal, daripada syariah yang seharusnya menjadi petunjuk hidup umat Islam.

Buku ini mengupas secara jelas rahsia-rahsia bagaimana dajal menyebarkan pengaruhnya dalam kehidupan manusia individu mahupun negara. Bermula dari gaya hidup, ekonomi, politik, pendidikan, seni hingga agama. Individu atau kumpulan yang terpengaruh dengan ajaran dajal ini disebut sebagai penganut fahaman dajal (Dajalisme). Banyak lagi isu yang dikupas di dalam buku ini, semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada kita. Insya-Allah

THE SECRET OF SYAITAN

Tajuk : The Secret of Syaitan
Penulis   : Ust. Syamsuddin Noor, Abdul Razak Sidup
Penerbit   : Synergy Media
ISBN   : 978-967-0478-06-7
Ketebalan  : 157 muka surat
Harga  :  RM17.00
Harga Kini : RM15.30


Syaitan adalah musuh hamba-hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Merekalah sebahagian dari makhluk Allah SWT yang sangat membahayakan keimanan setiap hamba yang dekat kepada-Nya dan mengikuti ajaran rasul-Nya. Bahkan merekalah yang telah menggelincirkan Nabi Adam a.s dari syurga

Buku ini mengupas tentang biografi syaitan. Dari asal usul nama, alamat, keturunan hingga kelemahannya. Mendedahkan secara  mendalam tentang rahsia kegelapan syaitan yang sesungguhnya berdasarkan Al_Quran & Hadis. Selain itu, dilengkapi dengan senjata berkesan dari ayat-ayat Al-Quran dan zikir untuk melawan godaan syaitan sehingga kita terhindar dari rayuannya.

DAJAL PEMIMPIN YAHUDI

Tajuk : Dajal Pemimpin Yahudi
Penulis   : Abdul Fida Muhammad Izzet Muhammad Arif
Penerbit   : Synergy Media
ISBN   : 978-967-0478-03-6
Ketebalan  : 192 muka surat
Harga  :  RM18.50
Harga Kini : RM16.70


Sesungguhnya syaitan ialah musuh umat Islam yang nyata sebagaimana yang telah dikatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Ia tidak akan berhenti-henti merosakkan pemikiran dan akidah umat Islam sehingga kiamat. 

Fenomena Dajal bukanlah perkara baru dalam kehidupan umat Islam. Tanda-tanda awal sudah kelihatan, ia akan keluar pada akhir zaman tampil sebagai raja Yahudi. Ia akan membuat kerosakan di atas bumi sehingga turunnya al-Masih Ibnu Maryam a.s

Buku ini mengajak kita sebagai umat Islam supaya berhati-hati dalam setiap tindakan kaum Yahudi yang mempunyai agenda jahat dalam merosakkan Islam. Marilah kita memperbanyakkan doa memohon perlindungan kepada Allah SWT

MISTERI MAKHLUK DI BAWAH TANAH

Tajuk : Misteri Makhluk di Bawah Tanah
Penulis   : Muhammad Arif Al-Mishri
Penerbit   : Synergy Media
ISBN   : 978-967-0478-02-9
Ketebalan  : 112 muka surat
Harga  :  RM15.00
Kini : RM13.50


Kerajaan alam semesta ini berada dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dialah Pencipta langit dan bumi, bersama apa yang terkandung di dalamnya. Dialah yang menciptakan dan berkuasa menempatkan makhluk-makhluk-Nya untuk hidup di alam yang dikehendaki-Nya termasuk di dalam kedalaman bumi atau di bawah tanah atau di alam lain di luar planet bumi ini.

Set : Ensiklopedia Kesenian & Warisan Islam

Set Ensiklopedia Kesenian & Warisan Islam
Penerbit : Anzagain Sdn Bhd

Satu kotak mengandungi 14 Jilid buku
Harga Asal : RM1,950.00

Harga Promosi Online : RM1,500.00
Caj Kurier : Percuma (Semenanjung Malaysia Sahaja)




Sinopsis :

Ensiklopedia Kesenian & Warisan Islam ini didatangkan dalam sebuah kotak mengandungi 14 Jilid buku. Diterbitkan pada tahun 2009 dan Edisi kedua cetakan 2010 oleh Anzagain Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Mengandungi rujukan bibliografi dan indeks berkaitan dengan kesenian dan warisan Islam. Penerbit menganggap penerbitan Ensiklopedia Islam ini sebagai wadah untuk berdakwah. Segala sumbangan Artikel, gambar dan fakta yang diberikan untuk dimuatkan dalam ensiklopedia ini adalah dianggap sebahagian daripada perjuangan fisabilillah.

Wide Eye Early Learning Programme Box Set

Wide Eye Early Learning Programme Box Set

Published by : Glentree Ltd
Price : NZD $495.00
Now : RM250.00 


The full programme comes packed in one box :-

Contents:
  • 8 Storybooks
  • 5 Activity books
  • Parent Guide
  • 2 Novelty books
  • 48 picture cards
  • Clock
  • 3 Audio CDs
  • 3 Video CDs
  • Achievement folder
  • 5 Large posters
  • Picture Word book
  • Songbook
  • 2 Friezes
  • 2 Soft Puppets
Synopsis :

The Wide Eye Early Learning Programme features more that 80 early concepts, such as number, time, alphabet, colour, movement and size, and covers social and manipulative skills considered essential by leading specialists.

The programme guide explains how teaching is carefully planned and structured and encourage a child's natural curiosity and desire to learn.

Monday, November 10, 2014

Rahsia Kami Mendapat 10A++

Tajuk : RAHSIA Kami Mendapat 10A++
ISBN : 978-983-150-333-1
Penerbit : Arus Intelek Sdn Bhd@2007
Harga Asal : RM59.90
Harga Kini :RM36.00






Sinopsis:


Buku ini mendedahkan tentang rahsia di sebalik kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Malah ia mendedahkan tentang suka duka 20 pelajar terpilih menghadapi cabaran menimba ilmu dan seterusnya berjaya dengan cemerlang.

Kandungannya berkisar tentang:
  • Persediaan yang dilakukan dalam menghadapi peperiksaan SPM
  • Kaedah Pembelajaran
  • Pendorong Kejayaan
  • Masalah-masalah peribadi yang dihadapi
  • Nasihat pakar tentang Pemakanan dan Kesihatan
  • Nasihat pakar tentang Bijak Belajar
Sebagai panduan dan rujukan tambahan yang berguna, juga diselitkan :
  • Contoh Jadual Harian Pelajar Smart
  • Senarai Biasiswa dan Pinjaman bagi memberi gambaran jurusan yang sesuai diambil dan penaja yang berpontesi.
Berpegang kepada pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" dan "Jika orang lain boleh, aku pun boleh", anda pasti boleh cemerlang. Yang menjadi persoalannya, sejauh manakah keinginan anda untuk cemerlang dan bagaimana caranya. Untuk merungkai rahsianya, teruskan membaca buku RAHSIA Kami Mendapat 10A++ ini.