Tajuk : Stop Stress! Brain Detox
Penulis : Femi Olivia
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-78-9
Ketebalan : 128 mukasurat
Harga Kini : RM14.90
Sinopsis :
Kenapa aku melakukan kesalahan itu?
Kenapa aku membuat pilihan yang salah?
Kenapa aku boleh sakit begini?
Kenapa aku tidak berfikir dulu sebelum bertindak?
Sesal kemudian tidak berguna?
Hidup dalam waktu yang berlari laju tanpa sebarang istiharat akan mempengaruhi kesihatan kita. Cara terbaik untuk mengatasi stres adalah dengan: MEMBERSIHKAN OTAK!
Pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan memaksa kita untuk memerah otak yang umumnya menggunakan fungsi otak kiri (berhubungan dengan analisis, logik, bahasa, nombor dan akademik). Ketika aktiviti otak kiri terlalu menguasai diri, aktifkan otak kanan dengan melakukan BRAIN DETOX!
BRAIN DETOX atau "membersihkan otak" dapat menjernihkan kembali fikiran dan hati. Apabila fikiran dan hati bersih, semua masalah kehidupan dan penyakit yang mengintai dapat dihilangkan. Membersihkan otak dapat membuang fikiran negatif yang boleh menimbulkan stres, membuat fikiran lebih positif, kreatif, bahagia dan damai. Ekspresikan stres dengan melakukan latihan pernafasan, senaman otak, yoga, menulis, bermain, melukis atau mendengar muzik.
Semua kegiatan ini merupakan aktiviti otak kanan dan memberi akses secara langsung kepada emosi kita. Kreativiti akan muncul sebagai penyelesaian bijak setelah kita mampu menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan. Pilihlah cara BRAIN DETOX yang paling sesuai dengan kita agar terhindar dari perangkap stres!
0 comments:
Post a Comment