Thursday, December 25, 2014

RAHSIA KEKUATAN OTAK TENGAH

Tajuk : Rahsia Kekuatan Otak Tengah
Penulis Adaptasi : Dr. Hassan Noor
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-79-6
Ketebalan : 121 mukasurat
Harga : RM15.90
Harga Kini : RM14.30



Sinopsis :

Otak sememangnya organ manusia yang paling hebat. Objek paling misteri dan paling kompleks yang ada di muka bumi ini. Beratnya lebih kurang 1.5kg, letaknya di antara cecair licin yang dilapisi jaringan yang nipis dan ia bersifat sangat lembut.

Meskipun seluruh aktiviti kehidupan tidak pernah terlepas dari menggunakannya, ramai manusia tidak pernah tahu apakah sebenarnya yang dikatakan dengan otak. Otak bukanlah mesin, yang kita boleh nampak dengan jelas apakah kerja yang dilakukannya secara langsung. Segalanya tentang otak amat kompleks dan penuh misteri. Ketika sebuah fakta tentang otak muncul, fakta dan penemuan baru tentang otak akan menyusul. Begitulah seterusnya dan pasti tidak akan tamat.

Buku ini merupakan sebuah karya yang cuba mengungkapkan ciri-ciri otak tengah, bagaimana otak tengah berfungsi serta kaedah pengaktifan otak tengah yang dikupas secara jujur dan logik. Selain itu, buku ini juga mencadangkan cara-cara untuk mengoptimumkan otak tengah tanpa dibebani oleh kos yang mahal.

0 comments:

Post a Comment