Thursday, December 25, 2014

SUPER SPEED READING

Tajuk : Super Speed Reading
Penulis Adaptasi : Shaidah Ishak
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
Ketebalan : 160 mukasurat
Harga : RM16.50
Kini : RM14.90




Sinopsis :

Anda ingin belajar banyak perkara tetapi tidak ada masa?
Anda ingin membaca banyak novel, buku, artikel tetapi tidak ada masa?
Anda ingin memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tetapi tidak ada masa?
Ya! Itulah yang dialami kebanyakan orang ketika ingin berjaya. Mereka seolah-olah tidak ada masa untuk membaca dan berasa begitu membebankan dan membuang masa.

Jangan bimbang kerana kaedah Super Speed Reading dalam buku ini akan membuat anda "gila" membaca. Buku ini akan membuka jalan fikiran, pandangan sekaligus meyakinkan anda betapa membaca adalah aktiviti yang sangat menarik dan menyenangkan.

Buku ini juga dimuatkan dengan teknik-teknik membaca cepat dan efektif untuk menguasai pembacaan buku dan surat khabar, tujuan dan manfaat membaca dan memupuk minat membaca. Selain itu, disertakan latihan-latihan yang dapat dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Melalui pembacaan buku ini, anda akan belajar cara meninggalkan kebiasaan membaca yang tidak efektif, meningkatkan pemahaman dan membaca yang pantas, latihan gerak mata yang menunjang kepantasan membaca dan banyak lagi!

0 comments:

Post a Comment