SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

SELAMAT DATANG KE BLOG SOUTHERN BOOKS GALLERY

Membekal dan Menjual Berbagai jenis bahan bacaan seperti Novel Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Kitab-Kitab Agama dan Buku Umum. Diuruskan oleh Southern Books Marketing and Distributors

Thursday, December 25, 2014

RAHSIA KEKUATAN OTAK TENGAH

Tajuk : Rahsia Kekuatan Otak Tengah
Penulis Adaptasi : Dr. Hassan Noor
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-79-6
Ketebalan : 121 mukasurat
Harga : RM15.90
Harga Kini : RM14.30



Sinopsis :

Otak sememangnya organ manusia yang paling hebat. Objek paling misteri dan paling kompleks yang ada di muka bumi ini. Beratnya lebih kurang 1.5kg, letaknya di antara cecair licin yang dilapisi jaringan yang nipis dan ia bersifat sangat lembut.

Meskipun seluruh aktiviti kehidupan tidak pernah terlepas dari menggunakannya, ramai manusia tidak pernah tahu apakah sebenarnya yang dikatakan dengan otak. Otak bukanlah mesin, yang kita boleh nampak dengan jelas apakah kerja yang dilakukannya secara langsung. Segalanya tentang otak amat kompleks dan penuh misteri. Ketika sebuah fakta tentang otak muncul, fakta dan penemuan baru tentang otak akan menyusul. Begitulah seterusnya dan pasti tidak akan tamat.

Buku ini merupakan sebuah karya yang cuba mengungkapkan ciri-ciri otak tengah, bagaimana otak tengah berfungsi serta kaedah pengaktifan otak tengah yang dikupas secara jujur dan logik. Selain itu, buku ini juga mencadangkan cara-cara untuk mengoptimumkan otak tengah tanpa dibebani oleh kos yang mahal.

STOP STRESS! BRAIN DETOX

Tajuk : Stop Stress! Brain Detox
Penulis : Femi Olivia
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-78-9
Ketebalan : 128 mukasurat
Harga : RM16.50
Harga Kini : RM14.90



Sinopsis :

Kenapa aku melakukan kesalahan itu?
Kenapa aku membuat pilihan yang salah?
Kenapa aku boleh sakit begini?
Kenapa aku tidak berfikir dulu sebelum bertindak?
Sesal kemudian tidak berguna?

Hidup dalam waktu yang berlari laju tanpa sebarang istiharat akan mempengaruhi kesihatan kita. Cara terbaik untuk mengatasi stres adalah dengan: MEMBERSIHKAN OTAK!

Pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan memaksa kita untuk memerah otak yang umumnya menggunakan fungsi otak kiri (berhubungan dengan analisis, logik, bahasa, nombor dan akademik). Ketika aktiviti otak kiri terlalu menguasai diri, aktifkan otak kanan dengan melakukan BRAIN DETOX!

BRAIN DETOX atau "membersihkan otak" dapat menjernihkan kembali fikiran dan hati. Apabila fikiran dan hati bersih, semua masalah kehidupan dan penyakit yang mengintai dapat dihilangkan. Membersihkan otak dapat membuang fikiran negatif yang boleh menimbulkan stres, membuat fikiran lebih positif, kreatif, bahagia dan damai. Ekspresikan stres dengan melakukan latihan pernafasan, senaman otak, yoga, menulis, bermain, melukis atau mendengar muzik.

Semua kegiatan ini merupakan aktiviti otak kanan dan memberi akses secara langsung kepada emosi kita. Kreativiti akan muncul sebagai penyelesaian bijak setelah kita mampu menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan. Pilihlah cara BRAIN DETOX yang paling sesuai dengan kita agar terhindar dari perangkap stres!

STRATEGI MENDIDIK ANAK JADI JUARA - 21 Taktik Mengajar Cara Nabi Muhammad SAW

Tajuk : Strategi Mendidik Anak Jadi Juara
              - 21 Taktik Mengajar Cara Nabi Muhammad SAW 
Penulis : Khairunnas
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0585-77-2
Ketebalan : 160 mukasurat
Harga : RM15.90
Harga Kini : RM14.30


Sinopsis:

Buku ini membincangkan bagaimana strategi mengajar secara manusiawi dan sesuai dengan cara kerja otak manusia. 14 abad yang lalu, Rasulullah SAW telah menerapkan dan berjaya mendidik para sahabat. Baginda bukan sekadar melakukan transfer knowledge tetapi turut menerapkan transfer value. Baginda bukan sekadar mendidik para sahabat menjadi insan yang cergas, intelek dan cerdas tetapi turut mempunyai keperibadian yang unggul.

Justeru, buku ini mengajak anda mencontohi kaedah pembelajaran yang diamalkan Rasulullah SAW supaya dapat melahirkan bangsa yang mulia serta berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah...

SUPER SPEED READING

Tajuk : Super Speed Reading
Penulis Adaptasi : Shaidah Ishak
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
Ketebalan : 160 mukasurat
Harga : RM16.50
Kini : RM14.90




Sinopsis :

Anda ingin belajar banyak perkara tetapi tidak ada masa?
Anda ingin membaca banyak novel, buku, artikel tetapi tidak ada masa?
Anda ingin memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tetapi tidak ada masa?
Ya! Itulah yang dialami kebanyakan orang ketika ingin berjaya. Mereka seolah-olah tidak ada masa untuk membaca dan berasa begitu membebankan dan membuang masa.

Jangan bimbang kerana kaedah Super Speed Reading dalam buku ini akan membuat anda "gila" membaca. Buku ini akan membuka jalan fikiran, pandangan sekaligus meyakinkan anda betapa membaca adalah aktiviti yang sangat menarik dan menyenangkan.

Buku ini juga dimuatkan dengan teknik-teknik membaca cepat dan efektif untuk menguasai pembacaan buku dan surat khabar, tujuan dan manfaat membaca dan memupuk minat membaca. Selain itu, disertakan latihan-latihan yang dapat dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Melalui pembacaan buku ini, anda akan belajar cara meninggalkan kebiasaan membaca yang tidak efektif, meningkatkan pemahaman dan membaca yang pantas, latihan gerak mata yang menunjang kepantasan membaca dan banyak lagi!

ART OF READING

Tajuk : Art Of Reading
Penerbit : Synergy Media Sdn Bhd
Penulis Adaptasi : Muhd Firdaus
ISBN : 978-967-0585-75-8
Harga : RM14.90
Kini : RM13.40
Sinopsis :

Adakah hobi anda membaca atau membeli buku?

Pola membaca kita kerap menyebabkan 90% buku yang dibeli tidak habis dibaca. Hal ini kerana :

  • Kehabisan Pola
  • Rintangan/gangguan ketika membaca
  • Kurang motivasi
  • Kurang konsentrasi
  • Tidak memilih strategi yang tepat dalam membaca ketika di bahagian yang sukar 
Buku ini membantu anda mengatasi pelbagai hal di atas dengan menyediakan pelbagai penyelesaian yang sederhana dan efektif. Isinya ditulis berdasarkan pengalaman dalam menerapkan teknik membaca secara efektif yang dipelajari dari pelbagai sumber sama ada dari dalam mahupun luar negara. Jika anda tergolong dalam kalangan orang yang gemar membaca, buku ini sangat sesuai untuk anda kerana mengandungi informasi penting yang mampu menambah wawasan dan memperluaskan cakerawala fikiran terutamanya mengenai membaca.