Tuesday, March 17, 2015

MISTERI PERAWAN KUBUR

Tajuk : Misteri Perawan Kubur
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716753 
Pages : 336 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 23.90 Price Now:RM 21.50

Gadis itu dilahirkan hanya untuk membunuh. Penderitaan dan penghinaan tanpa ada perikemanusiaan yang dialami ibunya, harus dibalas. Lara adalah ibu kepada Nona yang telah menjadi mangsa fitnah Zainal. Adam ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya iaitu Lara telah berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun suami Lara telah dibunuh akibat daripada fitnah yang mengatakan suaminya membawa wabak penyakit merebak ke seluruh penduduk kampung, namun Lara tetap mahu hidup bersendirian. Setelah kematian suaminya, penyakit tetap juga merebak. Akhirnya Zainal dan Tok Zaman serta penduduk kampung pergi ke rumah Lara untuk membunuhnya. Tiada kata yang dapat Lara ungkapkan untuk membela dirinya. Dia tahu akan nasibnya selepas ini. Dia hanya mampu berdiam dan merelakan dirinya dipancung. Lara telah dikebumikan bersama bayi dalam kandungannya.

“Mereka tidak tahu ayah kamu telah menitip kamu pada aku, anakku. Mereka juga tidak tahu, hanya kekuatan luaran aku yang telah mereka curi , melalui kekuatan dalaman aku yang masih aku miliki anakku, aku kini menyusup ke dalam jiwa ragamu. Lahirlah dan hiduplah, anakku. Dan balas segala sakit hati ibumu pada manusia terkutu itu. Bangkitlah...bangkitlah…!

Itu adalah kata-kata terakhir Lara buat anak dalam perutnya. Maka berakhirlah kisah hidup Lara. Namun jiwa Lara tetap hidup dalam jiwa Nona. Tidak ada tujuan lain dalam hidupnya selain untuk membalas dendam. Iskandar memanggilnya Nona. Dia menganggap Nona adalah gadis murahan. Sedikit pun dia tidak percaya bahawa gadis itu lahir di dalam kubur. Lebih mengejutkan lagi, ibu gadis tersebut adalah watak dalam salah satu novel karya Iskandar. Persoalan semakin rumit sewaktu Nona jatuh cinta kepada Iskandar. Sedangkan Maria adalah satu-satunya perempuan yang Iskandar sayangi. Kini Maria telah berubah, dia berpindah sari satu pelukan ke pelukan lelaki lain. Imaginasi Iskandar hanya untuk membuktikan gadis itu berasal dari dunia lain. Iskandar terseret ke dunia lain dan menyaksikan bagaimana Nona melampiaskan kesumatnya.

Dapatkah Iskandar kembali ke dunia nyata? Mampukah Maria merebut kembali cinta suaminya yang sudah beralih pada Nona di alam lain?

Apa yang anda tunggu lagi, milikilah buku ini segera!

0 comments:

Post a Comment