Tajuk : Misteri Keranda Berpuaka
Abdullah Harahap (Author)
ISBN : 9789673716746
Pages : 416
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5”x 7”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 27.50 Price Now:RM 24.80
Sebuah keranda berisi mayat seorang wanita iaitu Julia telah lenyap dari hospital. Kisah bermula apabila Julia telah dilanggar dan meninggal di tempat kejadian. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak dapat mengesan siapakah yang telah melanggar Julia. Sewaktu di hospital, kejadian aneh telah berlaku. Keranda yang berisi mayat Julia tiba-tiba bergetar dan kemudian berundur lalu terbang menghilang di tengah kegelapan malam, kemudian muncul secara mengejut di beberapa tempat. Kemunculan keranda misteri itu akan diikuti pula dengan satu pembunuhan kejam yang menimbulkan persoalan.
Mangsa seterusnya adalah Hamadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang asyik bermain cinta dengan kekasihnya dan ketika itu sebuah keranda menerobos masuk ke dalam bilik. Hamadi masuk ke dalam keranda yang terbuka dan kemudian menjerit apabila keranda tersebut tertutup dan menghilang. Dia kemudian ditemui mati tersangkut di tepi sungai. Mangsa ketiga adalah Halim. Merupakan saksi langgar lari. Halim dilanggar dengan kuat dan kejam. Dia dijumpai dengan kepala separuh remuk. Halim Cuma saksi, tetapi mengapa dia turut menjadi mangsa? Mangsa seterusnya adalah Anuar. Anuar mati dengan sekujur kulit tubuh mengeriput kehilangan cairan tubuh, terutama darah. Kemudian mangsa terakhir adalah Sufian.
Bahari seorang polis yang terkenal dengan sikap dedikasinya dalam menjalankan tugas, berusaha keras menyiasat kes-kes pembunuhan itu. Bahari turut mengalami kejadian aneh sepanjang dia menyiasat kes tersebut. Apakah kaitan pembunuhan dengan keranda misteri itu dan siapakah dalang di sebalik kejadian misteri ini? Dapatkah Bahari berhadapan dengan kenyataan yang mengejutkan yang penuh dengan misteri?
Untuk mengungkap segala misteri tersebut, dapatkan buku Misteri Keranda Berpuaka. Jadi, tunggu apalagi, dapatkannya segera.
0 comments:
Post a Comment