Tajuk : Misteri Manusia Serigala
Abdullah Harahap (Author)
ISBN : 9789673716760
Pages : 296
Publisher : Synergy Media
Book Size : 5” x 7”
Text Printing : 1 Color
Price:RM 21.90 Price Now:RM 19.70
Raudah Karina menyaksikan kematian ibunya dalam satu kejadian langgar lari ketika mereka bersama-sama menunggu bas di tepi jalan. Pemandu kereta tersebut melarikan diri tanpa dikesan. Ketika dirawat di hospital, ibunya berkelakuan pelik apabila meminta Raudah Karina meminum darah lukanya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beberapa hari kemudian, pemandu kereta yang melarikan diri itu muncul semula menyerah diri dibalai polis. Bagaiamanapun, Raudah Karina tahu orang yang mengaku bersalah itu bukanlah pesalah yang sebenarnya. Pesalah sebenar adalah orang lain. Orang yang mengaku bersalah tersebut adalah dalang yang telah menerima rasuah. Pesalah sebenar tidak dapat dihukum kerana permainan undang-undang yang didalangi oleh seorang tokoh korporat.
10 tahun kemudian, banyak pergolakan yang berlaku akibat daripada cerita 10 tahun yang dulu. Banyak kes-kes pembunuhan bersiri yang mengerikan berlaku. Setiap mayat yang ditemui pasti dalam keadaan yang mengerikan. Banyak petunjuk mengatakan bahawa semua pembunuhan itu dilakukan oleh sejenis makhluk yang menyerupai serigala. Inspektor Amin telah bertindak menyiasat kes tersebut. Kes itu juga menarik perhatian seorang wartawan bernama Nina untuk membuat liputan berita. Mereka berdua bersama-sama mencari pembunuh bersiri tersebut.
Benarkah pembunuhan tersebut dilakukan oleh manusia serigala? Siapakah manusia serigala itu yang sebenarnya?
Bagi merungkai misteri manusia serigala ini, dapatkan buku Misteri Manusia Serigala di pasaran sekarang juga.
0 comments:
Post a Comment