Tuesday, March 17, 2015

MISTERI KALUNG SETAN

Tajuk : Misteri Kalung Setan
Abdullah Harahap (Author) 
ISBN : 9789673716777 
Pages : 352 
Publisher : Synergy media 
Book Size : 5” x 7” 
Text Printing : 1 Color 
Price:RM 24.50 Price Now:RM 22.10

Eliza sedang tekun melakar lakaran gaun malam ketika lehernya terasa gatal. Tangannya menggaru dan meraba. Kemudian Eliza terpaksa berjuang mempertahankan nyawanya. Kalung yang dipakai dilehernya terasa bergerak, menggeliat dan hidup. Kemudian ketika itulah seorang kanak-kanak iaitu anaknya, Amelia tiba dibiliknya. Tujuan Amelia pergi ke bilik ibunya untuk meminta pendapat tentang lukisannya. Amelia amat terkejut melihat keadaan ibunya yang berusaha menanggalkan sesuatu dari lehernya. Dua hujung tali yang melingkari tengkuk ibunya seperti hidup, bergerak ke sana ke mari. Kemudian Amelia menjerit dengan kuat. Dengan tangkas tangan mungilnya meraih tali di tengkuk ibunya. Kalung tersebut terlepas dari leher ibunya.

Amelia tidak segera melepaskan kalung tersebut. Dia amat marah. Kemarahannya dilampiaskan dengan menggigit salah satu hujung yang menyerupai tali itu sekuat-kuatnya. Tali tersebut berusaha membelit tangan Amelia. Benda tersebut tiba-tiba lenyap. Ibunya iaitu Eliza akhirnya rebah dan menggelupur. Mati dengan sekujur tubuh hangus dan mengecut. Selepas kejadian tersebut Amelia dikatakan menjadi kurang siuman.

Kalung syaitan yang melingkari leher Eliza hilang begitu sahaja dan muncul setelah belasan tahun menghilang. Kemunculan semula kalung tersebut yang tidak kurang kejam dalam mencari tubuh untuk membiak, sekaligus menciptakan racun yang boleh mematikan mangsanya. Ramai yang berebut untuk mendapatkan kalung syaitan tersebut. Setiap orang yang Berjaya mendapatkan kalung tersebut akan mati. Kalung syaitan itu harus dihentikan dengan cara menggali kubur Eliza. Tetapi, makhluk kejam tersebut semakin bermaharajalela. Tidak seorang pun yang mampu menghentikannya.

Dapatkan kalung syaitan itu dimusnahkan? Segalanya terjawab dalam buku Misteri Kalung Setan. Dapatkannya segera.

0 comments:

Post a Comment