Panduan Menjahit Untuk Pemula
Menjahit merupakan aktiviti yang sering dikaitkan dengan wanita. Namun begitu, menjahit juga dilakukan oleh golongan lelaki juga. Menjahit tidaklah sesukar seperti yang anda bayangkan jika anda berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar dan mencubanya. Pelbagai jenis pakaian anda boleh hasilkan jika anda sudah menguasai teknik asas menjahit.
Buku Panduan Menjahit untuk Pemula mengupas dengan lebih lanjut tentang asas-asas jahitan. Di samping itu, buku ini juga menjelaskan tentang kepelbagaian teknik dalam jahitan. Antara teknik asas yang dimuatkan di dalam buku ini ialah asas mengukur badan seseorang, membuat pola dan seterusnya menghasilkan pakaian. Selain itu, terdapat banyak jenis kolar, skirt dan lengan sebagai rujukan. Seni jahitan juga mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Pakain juga mempunyai berbagai-bagai jenis dan anda mungkin akan berjaya menjahit pakaian anda sendiri.
Jika sudah terlatih dan mahir dalam teknik asas jahitan, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghantar pakaian anda ke kedai untuk dijahit sekaligus dapat mengurangkan kos.
ISBN : 9789673716876
Pages : 56
Publisher : Synergy Media
Book Size : 7.5” x 10”
Text Printing : 4 Color
Author:Nur Astri Damayanti & Hj. Tati Chusen
Price:RM 16.90 Price Now:RM 15.20
Pages : 56
Publisher : Synergy Media
Book Size : 7.5” x 10”
Text Printing : 4 Color
Author:Nur Astri Damayanti & Hj. Tati Chusen
Price:RM 16.90 Price Now:RM 15.20
0 comments:
Post a Comment