Tuesday, March 10, 2015

KAMERA DAN LENSA

Kamera dan Lensa

Kamera dan Lensa
Seringkali penulis mendapat pertanyaan dari pembaca mahupun pelajar mengenai peralatan fotografi terutama kamera dan lensa yang terbaik untuk mereka gunakan. Kamera dan lensa merupakan barang yang sangat mahal. Jika salah memilih kita tidak selesa menggunakannya dan akhirnya harus membazirkan wang untuk membeli yang baru. Masih banyak orang yang kurang bijak dalam memilih kamera dan lensa yang sesuai.

Buku ini ditulis dengan tujuan supaya pembaca mendapat pengetahuan yang cukup untuk memilih kamera dan lensa yang sesuai untuk jenis fotografi yang disukai sama ada untuk landskap, perkahwinan, street photography dan sebagainya. Buku ini juga mengulas mengenai kebaikan dan kelemahan hampir setiap model kamera di pasaran. 

Bagi melengkapkan buku ini, terdapat contoh foto yang diambil dengan menggunakan pelbagai model kamera dan lensa. Pembaca dapat meninjau hasil foto tersebut. Seperti judulnya, buku ini memang sesuai bagi penggemar atau profesional kerana banyak mengandungi tip dan panduan serta dapat menambahkan pengetahuan anda. Ringkasnya, buku ini tepat untuk anda memilikinya!

ISBN : 9789670585482 
Pages : 144 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 6” x 9” 
Text Printing : 1 Color 
Author : Reqal Aiman 
Price:RM 19.50 Price Now:RM 19.50

0 comments:

Post a Comment