Tuesday, March 10, 2015

LABUCI & MANIK UNTUK DEKORASI

Labuci & Manik untuk Dekorasi
Labuci & Manik untuk Dekorasi
Labuci dan manik merupakan objek yang boleh digunakan untuk menghias pakaian, beg, langsir, sofa dan banyak lagi kegunaannya. Labuci dan manik sering disulam untuk dijadikan perhiasan pakaian wanita. Pakaian wanita akan tampak lebih indah dan menarik dengan sulaman labuci yang kemas.


Menyulam merupakan aktiviti kreatif yang menyeronokkan. Selain mengisi masa lapang, menyulam juga dikatakan dapat meningkatkan daya tumpuan. Buku Labuci & Manik untuk Dekorasi mengupas tentang penggunaan labuci dan manik berserta sulaman. Selain benang dan reben, menyulam juga boleh dilakukan dengan menggunakan manik dan labuci. Manik dan labuci ini boleh disulam mennjadi pelbagai bentuk yang menarik. Labuci dan manik bukan hanya digunakan untuk menghias pakaian sahaja tetapi digunakan untuk pelbagai hiasan lain. Antara contoh sulaman labuci dan manik yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti alas meja tetamu, bakul, kad ucapan dan sebagainya.


Pelbagai jenis hiasan menggunakan sulaman manik dan labuci yang dimuatkan di dalam buku ini. Ia pasti akan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan sulaman yang menarik.

ISBN : 9789673716883 
Pages : 72 
Publisher : Synergy Media 
Book Size : 7.5” x 10” 
Text Printing : 4 Color 
Author : Nieza 
Price:RM 18.90 Price Now:RM 17.00

0 comments:

Post a Comment